Hiburan
“During Engagement Day Sebak Sangat” - Elfira Loy Throwback Momen Bertunang
Pelakon Elfira Loy mengbad kembali detik pertunangan bersama suaminya, Muhamad Faris Khairol Anuar.
Elfira berkongsi momen tersebut menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.
Menurut Elfira, dia mempunyai sebab tertentu kurang berkongsi foto sewaktu majlis pertunangannya.
“El tak pernah share sangat gambar masa tunang because this was me during the engagement day sebak sangat, sebak sesebak sebaknya, haha.
“Bersyukur dikurniakan rasa ini. Bersyukur diberikan nikmat merasai doa dikabulkan.
“Pengalaman yang lama mengajar El erti kesabaran, ketabahan & keyakinan terhadap petunjuk dari Allah SWT. Sabar itu memang indah.
“To whoever yang mengalami masalah yang terkunci dihati sehingga berat untuk dibacarakan, bicarakanlah kepada Allah. Semoga Allah juga memmberikan petunjuk kepada kalian,” kongsinya.
Dalam perkembangan terbaru, Elfira hanya mengumumkan dirinya sedang hamil namun tidak mahu mendedahkan usia kandungannya.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018.
Must-Watch Video