Seorang duta produk kecantikan merangkap Influencer dari Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia membuat kejutan kepada pengikutnya dengan pendedahan mengenai sang suami.

BERITA TRENDING: ​Penyanyi Jalin Hubungan Songsang Dengan TikToker Bawah Umur, Siap Kantoi Rakam Video...

Influencer yang dikenal dengan nama Meylisa Zaara mendedahkan suaminya telah berlaku curang. Apa yang membuat hatinya lebih sakit dan sukar menerima kenyataan adalah sang suami menjalin hubungan sesama jenis.



Menerusi laporan Liputan6.com, Meylisa pertama kali mendedahkan tentang kisah buruk itu di Instagram peribadi miliknya baru-baru ini. Mereka berkahwin pada September 2022.

PILIHAN PEMBACA: Kenal Melalui Taaruf, Isteri Pelakon & Penyanyi Dangdut Lapor Polis Dipaksa Lakukan Seks Songsang

Ironi Meylisa telah lama ‘menangkap’ perbuatan keji suaminya itu bukan dengan hanya seorang tapi beberapa lelaki yang berlainan.

Dia berkongsi potongan video sidang media yang dijalankan ditemani peguam. Dalam sidang media sama, Meylisa berkongsi bukti sang suami yang dikenali sebagai RK melakukan percakapan mesra bersama ‘pasangan sejenis’ melalui DM di Instagram.

“Yang saya kongsikan baru sedikit, hanya chat. Masih banyak yang lain tapi saya rasa tidak elok untuk dikongsikan dengan publik.

“Mengerikan kerana bukan seorang sahaja (lelaki). Dan tak sangka lelaki yang terakhir adalah orang terdekat dengan kami,” katanya.

Pada sidang media sama perempuan tersebut mengumumkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 19 Jun lalu.

BERITA TRENDING: ​“Bila Kena Sentuh Lelaki…”- Gambit Cabar Diri Ambil Watak Gay