Seorang penyanyi dangdut dan pelakon, Rizal Djibran, 45, secara tiba-tiba menjadi perhatian peminat seni Indonesia.


Isterinya yang dikenali sebagai Sarah diketahui telah melaporkan Rizal ke pihak polis selepas tidak tahan didera secara fizikal dan seksual.

Ironi Rizal sudah meninggalkan dunia seni beberapa tahun lalu kerana ingin memberi tumpuan terhadap bisnes makanan yang dijalankannya. Namun pemilik album dangdut berjudul Angurah tersebut kembali menjadi bualan kerana kes laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Sarah mendakwa selain kerap mabuk, lelaki yang berubah sekitar selepas satu bulan dinikahi itu akan memukul jika dia tidak memenuhi permintaan berhubungan seks secara songsang.

“Masalah ini muncul sejak Mac 2022 apabila suaminya selalu meminta klien saya melayani nafsu seks yang tidak lazim atau songsang.

“Klien saya selalu berusaha menolak permintaan tersebut, namun sang suami akan memukulnya jika apa yang diinginkan tidak dipenuhi,” ujar peguam yang mewakili Sarah seperti dilaporkan Detik.com.

Peguam tersebut bagaimanapun tidak memperincikan tentang hubungan sonsang yang diminta penyanyi itu terhadap isterinya.

Menurut laporan sama, Sarah juga mempunyai bukti jika dirinya pernah dipukul dan memiliki kesan lebam angkara perbuatan bintang filem Malaikat Kecil Dari India itu.

Malah, menerusi laporan sebelumnya, Rizal, 45, mengaku mengenali Sarah melalui foto yang dilihat daripada seorang rakan.

“Saya cakap pada teman, mahu berkenalan hanya melalui sesi taaruf. Hanya bercakap di telefon sekali-sekala, tukar foto tapi tidak pernah langsung membuat panggilan video,” katanya yang mula berkenalan dengan Sarah pada tahun 2020.

Dan hanya setelah tiga kali bertemu dengan ditemani keluarga, Rizal melamar Sarah menjadi isterinya.

Pasangan yang berbeza usia 15 tahun itu menikah dalam suasana mewah bertemakan Arab pada Mac tahun lalu.