Pendakwah dan usahawan, Ustaz Ebit Lew berkongsi potongan video yang memaparkan momen-momen manis percutiannya bersama isteri di Langkawi.

Video tersebut dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Menurut Ebit, meskipun tahun 2020 diuji dengan ujian berat untuk berhadapan pandemik COVID-19, namun dia berasa tenang dan bahagia apabila berada di sisi orang yang dicintai.

"Dating dekat Langkawi dengan bidadari, rindunya. Dah nak habis tahun 2020, ujian berat COVID-19.

"Tapi bila di sisi orang kita cintai sayangi tetap terasa bahagia dan tenang," tulis Ebit sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Ebit turut menulis kata-kata manis buat isteri kesayangannya itu.

"Duduk dengan bidadari abang terus hilang semua penat letih, tengok muka orang kita cintai, pegang tangannya, semuanya jadi kebaikan.

"Benarlah kata orang dulu, nikmat terindah di dunia ialah isteri solehah," tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Ebit meninggalkan respon positif dan gembira melihat kebahagiaan rumah tangganya.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


Sekadar info, Ebit dan isteri dikurniakan empat cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka. Sepanjang tahun ini beliau cukup dikenali dengan kerja kerja amalnya sehingga hampir tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga.