HIBURAN

Ebit Lew Ziarah Mak Wan Latah, Netizen Mohon Doa, Sebak Lihat Keadaan Terkini - “Jalan Terbongkok-Bongkok, Tolonglah Bantu Dia…”

Mya Amri 13/03/2025 | 19:55 MYT
Keadan terkini pelakon vateran Mak Wan Latah ternyata membuatkan netizen sebak.

Sukar berjalan

Perkembangan terkini Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud dikongsi sendiri oleh pendakwah bebas, Ebit Lew yang berkesempatan menziarahi pelakon itu baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsi di Instagram, kelihatan keadaan Mak Wan sukar untuk berjalan.
Bagaimanapun, Ebit menerusi kapsyen yang ditulis, mendoakan aktres berusia 64 itu terus diberikan kesihatan yang baik.

“Ziarah Mak Wan. Allahukakbar. Dulu bawa Mak Wan pergi Umrah. Katanya rindu sangat.

“Mak Wan kata jika ada job apa-apa, boleh bagi dekatnya. Semoga Mak Wan terus kuat dan sihat ya, Allah sayang Mak Wan,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kontroversi Heret Rezeki Mak Wan Latah! Setahun Tiada Job, Bergantung Harap Bisnes Sambal - "Kenapa Ujian Saya Sebegini?"

ARTIKEL BERKAITAN:"Mak Wan Tu Takda Duit, Takda Harta… Tak Payahlah Buat Orang Tua Tu Sampai Terduduk Ke Tanah" - Didie Alias

ARTIKEL BERKAITAN:“Masa Tu Duit Dia Tinggal RM15” - Didie Alias Kongsi Keadaan Mak Wan Latah Lepas Dituduh Lakukan Perkara Syirik

ARTIKEL BERKAITAN:“Di Sana Dia Akan Merangkak Cari Mak Wan…”- Mak Wan Luah Rasa Sedih Lepas Diaibkan

ARTIKEL BERKAITAN:Dah Viral Satu Malaysia Mak Wan Latah Sihir Orang, Rupanya Ia Fitnah Semata-Mata - “Mak Wan Nak Rehat…”

Dalam pada itu, Ebit juga dipercayai menghulurkan sumbangan berbentuk wang kepada Mak Wan bagi meringankan bebannya.

Netizen doakan cepat sembuh

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan simpati dengan nasib Mak Wan.
Malah mereka juga turut mendoakan kesihatan Mak Wak semakin baik dan urusanya dipermudahkan.
Sebelum ini, Mak Wan pernah mendedahkan sudah lama tidak menerima tawaran berlakon dan mengalami masalah kewangan.
#Ebit Lew #Mak Wan Latah #Sakit Lutut