Laman Utama

“Masa Tu Duit Dia Tinggal RM15” - Didie Alias Kongsi Keadaan Mak Wan Latah Lepas Dituduh Lakukan Perkara Syirik

gempak
Izwan Isa
07/07/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Masa Tu Duit Dia Tinggal RM15” - Didie Alias Kongsi Keadaan Mak Wan Latah Lepas Dituduh Lakukan Perkara Syirik
Pelakon Didie Alias mendedahkan yang dia sentiasa berkomunikasi dengan dramatis senior, Halimatussa'diah Mohd Daud atau lebih sinonim dengan panggilan Mak Wan Latah sejak isu amalan syirik yang dikaitkan dengan aktres senior itu hangat diperkatakan.
Didie berkata, Mak Wan berada dalam keadaan baik dan dia sentiasa menasihati wanita itu untuk tidak terlalu melayan cemuhan netizen dan cakap-cakap orang ramai.
“Sejak isu itu bertebaran, setiap hari saya bercakap dengan dia. Saya pesan, pedulikan cakap orang, jangan jawab sangat telefon dan berdoa pada Allah. Kalau kita di pihak yang benar, Allah akan lindungi.
“Dia pun dah buat laporan polis dan saya nasihatkan biar pihak berkuasa yang bantu selesaikan perkara ini. Masa tu duit dia tinggal RM15, dia kekurangan wang nak beli ubat… sebab dia ada asma.
“Saya dah mengenali Mak Wan sejak sekitar 2006, ketika dia masih jadi pelakon ekstra lagi. Dari dulu sampai sekarang, kalau orang cakap pasal dia tapi bukan depan mata saya, saya takkan kata apa. Kalau saya tak dengar dari mulut dia sendiri pun saya takkan komen apa-apa,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Didie turut menerima pesanan Whatsapp daripada Amell iaitu bekas pembantu Mak Wan yang sebelum ini mendedahkan kononnya pelakon itu mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.
“Kenapa perlu aibkan dia (Mak Wan)? Sedangkan kamu boleh selesaikan benda ni di luar. Saya kenal Mak Wan, kalau tak puas hati kamu datang jumpa saya. Ini bukan amaran, tapi saya sudah anggap Mak Wan macam ibu. Saya respect dia.
“Bila kenyataan saya keluar di sebuah rancangan hiburan baru-baru ini, bekas pembantu peribadi Mak Wan itu ada menghubungi saya untuk berjumpa. Tetapi saya masih belum berkesempatan untuk bertemu dengannya lagi.
“Kemudian, saya ada dengar pula yang dia (bekas pembantu peribadi Mak Wan) ada buat live dan seakan-akan mencabar saya. Jangan panaskan keadaan, saya tiada untung pun nak jumpa dia. Husband nasihat jangan campur tangan, tetapi, saya hanya nak tahu keadaan dan cerita sebenar daripada Mak Wan,” katanya.
Terdahulu, Amell mendedahkan sikap sebenar bekas majikannya yang dikatakan sebagai panas baran dan suka membuat cerita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live