Laman Utama

“Eh Dulu Pandai Pujuk Anak Murid Cucuk BCG, Sekarang…” - Netizen Persoal Mengapa 779 Guru Johor Tolak Vaksin!

Hanafis Haris
22/08/2021
22:51 MYT

Kecoh di media sosial sejak semalam apabila ada laporan mendakwa kira-kira 779 guru di negeri Johor menolak untuk menerima vaksin Covid-19.Jumlah yang dianggap besar itu ternyata mengejutkan ramai pihak.

Malah, isu tersebut turut menarik perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Menerusi satu ciapan di Twitter, Tunku Ismail bertitah mahu bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru yang menolak menerima vaksin Covid-19, bagi mencari penyelesaian isu itu.

"Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah," titah baginda dalam ciapan berkenaan.

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur mereka apabila Tunku Ismail tegas dalam mencari jalan penyelesaian.

Pun begitu, ramai juga hairan mengapa guru-guru ini menolak suntikan vaksin sedangkan merekalah individu yang menggalakkan anak murid untuk terima suntikan imunisasi Bacillus Calmette Guerin (BCG).

“Macam mana ibu bapa nak yakin hantar anak sekolah? Tak fikir anak murid ke”.

“Inject BCG masa darjah 6 cikgu paksa beratur tapi sekarang, cikgu nak murid pula ke paksa cikgu beratur pergi inject?”.

“Eh dulu kemain pujuk anak murid BCG, now?,” tulis beberapa netizen.

Sumber Gambar : SKSBK
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.