Minggu lalu Datin Paduka Eina Azman memuat naik keratan berita tentang seorang suami yang hanya berbekalkan gaji RM850 sebulan untuk menyara dua orang anak yang mengidap penyakit kulit Ekzema.

Di dalam posting tersebut, beliau meminta sesiapa yang mengetahui cara menghubungi keluarga tersebut supaya berkongsi dengan beliau.

Semalam beliau berkesempatan untuk bertemu dengan keluarga Nurul Ain Abdullah. Kedua-dua anak Nurul, Mohammad dan Lela Safiya mengidap penyakit kulit Ekzema, malah Nurul sendiri mempunyai masalah kesihatan yang sama.

Salam guys... alhamdullilah harini eina n husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul @yurns88 ... di atas permintaan ramai yang minta eina share tentang keluarga kak nurul? sebentar tadi eina bawa kak nurul dan suami n dua orang anak nya berjumpa dengan doctor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya. Doctor cakap Mohammad dan kakak nya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Kak nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan eina akan minta doctor utk rawat dia juga. Insyallah di beri rezeki yang lebih eina n suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak nurul sehingga pulih insyallah?? eina terdetik nak tlg keluarga kak nurul sbb eina fikir eina pun ada anak kecil @aubreykarl . Kalau aubreykarl sakit sikit pun eina dah rasa down n sedih? apatah lagi kak nurul?? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ?? sedih sgt eina hubby tgk anak2 kak nurul tadi menangis sebab tahan sakit ??? Orang ramai semua yang nak bantu meringankan beban keluarga kak nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun maybank 562085617913 Nurul Ain Abdullah...

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on


Di dalam posting terbaru di Instagram, Eina dan suami telah membawa keluarga Nurul berjumpa dengan doktor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang jaya.

Atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan, Eina dan suami berjanji untuk menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga Nurul sehingga pulih.

Jika anda ingin turut sama membantu keluarga Nurul, anda boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 562085617913 atas nama Nurul Ain Abdullah.

Semoga Eina dan suami diberi rahmat dan keberkatan atas pertolongan beliau dan semoga Nurul serta anak-anaknya diberikan kesembuhan.