Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

EKSKLUSIF: Jofliam Jawab Status Sebenar Rumah Tangga Dengan Cik Epal - “Sudah Lafaz Taklik, Selebihnya Serah Pada Mahkahmah..."

Umirah Halim
01/10/2024 23:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh, Jofliam tampil menjelaskan status perkahwinan bersama Cik Epal.

Lafaz taklik

Jofliam yang mesra disapa Jo itu memaklumkan bahawa dia telah melafazkan taklik cerai sebanyak satu kali terhadap isterinya.

“Kalau bagi saya ikut hukum sudah (cerai).

“Saya sudah lafaz taklik sebenarnya, sekali sahaja,” katanya ketika dihubungi Gempak.

BERITA TRENDING: Netizen Suruh Dewi ‘Resign’ Selepas Dikaitkan Dengan Isu Rumah Tangga Jofliam & Cik Epal - “Kau Itu Isteri Orang, Patutnya…”

​BERITA TRENDING: Pernah Nasihat Tapi Dibalas Biadab, Ada Sebab Abang Jofliam Campuri Urusan Peribadi Adik - “Status Dia Hanyalah Skandal Berstatus Isteri Orang…”

​BERITA TRENDING: Bawa Pembantu Peribadi Ke Milan, Netizen Anggap Jofliam Tak Jaga Hati Cik Epal? - “Walaupun Dah Bercerai..”

​BERITA TRENDING: “Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan

Enggan menjatuhkan hukum secara sembarangan, Jofliam bagaimanapun, menyerahkan segala keputusan yang sahih kepada pihak mahkahmah.

“Saya rasa biar mahkahmah putuskan sebab bab hukum saya tak berani nak cakap.

“Saya tak pasti (status cerai), sebab apabila saya pergi ke kaunter mahkahmah haritu ada yang cakap sah cerai ada yang kata tidak.

“Tetapi, saya menghormati Cik Epal, perkara ini mungkin akan dikongsi lebih lanjut selepas mahkahmah,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, usahawan yang terkenal dengan hidangan piza wagyu itu bagaimanapun memaklumkan bahawa hubungannya bersama Cik Epal ketika ini masih dalam keadaan baik.

“Saya nak pergi Milan ini dia yang belikan baju saya, saya belikan beg tangan, apa yang dia nak saya bagi, apa yang tiada di rumah saya beli,” tambahnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan isterinya malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.

#cerai #Rumah tangga #Jofliam #Cik Epal #lafaz taklik
;