,
Viral

Pernah Nasihat Tapi Dibalas Biadab, Ada Sebab Abang Jofliam Campuri Urusan Peribadi Adik - “Status Dia Hanyalah Skandal Berstatus Isteri Orang…”

Asyikin Mayudin
01/10/2024
06:55 MYT
Tampil mohon maaf bagi pihak keluarga, abang kepada pempengaruh dan usahawan Jofliam iaitu Syah Jofli menjelaskan dia hanya mencampuri urusan peribadi adiknya selepas perkongsian wanita bernama ‘Dewi’ di Instastory mengundang fitnah.

Teguran sebagai abang

Syah menerusi platform Thread berkata dia hanya memberi teguran sebagai seorang abang memandangkan wanita itu masih berstatus isteri manakala adiknya pula sedang menunggu keputusan mahkamah mengenai status rumah tangga dengan Cik Epal.

“Saya sebagai abang bagi pihak keluarga ingin meminta maaf atas situasi mengaibkan ini… cuma saya sekadar untuk beri penjelasan bagi pihak keluarga. Pihak keluarga tidak pernah masuk campur urusan peribadi.

“Saya masuk campur setelah post kemesraan ditunjukkan di Instastory yang mana boleh mengundang fitnah dan memburukkan nama keluarga.
“Perempuan masih berstatus isteri dan lelaki masih lagi dalam keputusan mahkamah… saya sebagai abang telah tegur secara baik untuk tidak post story yang boleh mengundang fitnah,” kongsinya.

Tak perlu kongsi

Anggap masalah keluarga diperlu dikongsi di media sosial, bagaimanapun Syah mendedahkan teguran yang diberikan tidak diterima baik malah dibalas dengan cara biadab.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan

ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah Curang Dengan Staf Sendiri? Jofliam Tampil Pertahan Diri - “Setelah Saya Sedar, Saya Dengan Cik Epal Bukan Lagi Suami Isteri.."

ARTIKEL BERKAITAN: Swafoto Jofliam Bersama ‘Dewi’ Tular, Netizen Mulakan ‘Operasi Serang’ Wanita Didakwa Punca Konflik Berlaku - “Saya Tahu Ada Gambar…”

ARTIKEL BERKAITAN: Pizza Jofliam Wakil Malaysia Bertanding Di Itali, Dapat Top 4 Daripada 50 Seluruh Negara!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tak Ternilai Harga Cinta & Setia Dia” - Hadiahkan Jam Hampir RM100,000, Ramai Puji Cik Epal Tak Berkira Dengan Suami
“Tetapi justification yang diberikan tidak dapat diterima oleh orang yang ada pendidikan agama… screen shot yang diberikan adalah setelah adik saya atau kakakya diugut untuk menunjukkan keluarganya biadab dalam menegur.

“Semuanya telah diusahakan dari awal untuk tegur secara baik tapi dibalas dengan ucapan-ucapan yang bagi saya tidak beradab daripada seorang adik kepada abang.

“Perkara ini sepatutnya dibincangkan dalam keluarga dan bukannya untuk di post di media sosial… tetapi dengan angkuh mengatakan hendak bercerita juga di media sosial untuk menampakkan ketidakadilan bagi pihak lelaki,” ujarnya lagi.

Status skandal

Dalam pada itu, Syah turut menyifatkan Dewi yang juga pembantu peribadi Jofliam itu seorang yang biadab dan mendakwa statusnya hanya sekadar ‘skandal’.
“Jadi, the rest semua pun dah baca, dan cerita pun dah terlondeh dengan sendirinya… nasihat saya kembalillah kepada keluarga. Keluarga mana tidak sayangkan adik/abanag atau anak sendiri.

“Tidak berbaloi untuk trade seorang perempuan yang bagi saya amat biadab yang berstatus isteri orang di media sosial fleexing seolah-olah dia ahli keluarga kami. Status dia hanyalah skandal berstatus isteri orang yang tiada tempat di dalam keluarga,” katanya.

Sentiasa bangga dengan pencapaian peribadi Jofliam, Syah bagaimanapun beranggapan kejayaan itu sepatutnya diraikan bersama keluarga tersayang bukannya dengan orang luar.
“Tahniah kerana menang top 100… keluarga tidak pernah iri dan tumpang berbangga atas pencapaian peribadi… cuma bagi saya kejayaan ini patut dikongsi bersama org yang tersayang, yang support dari tiada apa-apa kepada somebody… bukan dengan orang luar,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dewi Letak Jawatan Daripada Pizza Wagyu Jofliam - “Terima Kasih Jofliam, Saya Doakan ...”

gempak
05/11/2024
09:30 MYT
Menurut pemilik nama Emira Delyati Dewi, keputusan itu diambil kerana dia mahu menumpukan fokusnya terhadap perniagaan miliknya.
Viral

"Saya Suruh Guard Benarkan Masuk” - Jofliam 'Back Up' Mak Dewi, Jawab Dakwaan Cik Epal Mengenai Isu Rumah

gempak
04/11/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan Chef Pizza Wagyu, Jofliam tampil menjawab tuduhan bekas isternya iaitu Cik Epal yang mendakwa ibu kepada Dewi secara suka hati bebas keluar masuk ke kawasan rumah yang pernah diduduki mereka.
Hiburan

“Siapa Makcik Untuk Masuk Kawasan Rumah Saya Suka-Suka Hati?” - Cik Epal Bengang Dengan Mak Dewi, Dakwa Siap Ada Akses Kad

gempak
04/11/2024
05:55 MYT
Konflik perceraian antara pasangan pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam nampak tidak berkesudahan.
Hiburan

Tengah Tunai Umrah, Pempengaruh Dedah Suami Kantoi Bawa ‘Skandal' Masuk Bilik - “Bahkan Buat Video Intim…”

gempak
04/11/2024
03:55 MYT
Malah, Menurut Arie, suaminya telah berlaku curang terhadapnya sejak bulan Ogos tahun ini.
Hiburan

Dalam Proses Tulis Lirik, Kolaborasi Aepul Roza & Cik Epal Bakal ‘Mendonia’ - “Saya Rasa Research Saya Dah Cukup”

gempak
31/10/2024
02:55 MYT
Penyanyi Aepul Roza memberitahu dia kini dalam proses menulis lirik lagu yang dicipta untuk pempengaruh media sosial, Cik Epal berdasarkan konflik yang berlaku.
Unitar