Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

EKSKLUSIF: Jofliam Nafi Guna Kontroversi Rumah Tangga Sebagai Taktik Marketing! - "Saya Tak Perlu Semua Itu Dari Dulu..”

Umirah Halim
03/10/2024 07:55 MYT
Susulan pendedahan yang dibuat usahawan dan pempengaruh Jofliam mengenai kemelut rumah tangganya, ramai netizen yang mendakwa kontroversi ini sekadar taktik untuk mempromosikan bisnesnya.

Bukan marketing

Jofliam yang mesra disapa Jo itu, bagaimanapun menepis dakwaan tersebut.

Menurutnya, dia tidak mempergunakan kisah rumah tangganya untuk tujuan marketing.

“Saya tak perlu marketing, dari dulu saya tak perlukan marketing.

“Piza Wagyu saya pun mana ada buat marketing, orang yang datang ke TikTok saya.,” katanya ketika dihubungi Gempak.

BERITA TRENDING: Jofliam Dakwa Sudah Lafaz Taklik, Ini Respons Cik Epal - “Buat Masa Sekarang Saya…”

​BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: “Dewi Pekerja Baik, Kalau Saya Pecat Dia Orang Lain Gembira, Tapi Saya Tidak..” - Jofliam

BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: “Yang Menghancurkan ‘Masjid’ Saya Adalah Kakak Saya” - Jofliam

​BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: Jofliam Jawab Status Sebenar Rumah Tangga Dengan Cik Epal - “Sudah Lafaz Taklik, Selebihnya Serah Pada Mahkahmah..."

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan isterin malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.

Jofliam bagaimanapun mendedahkan dia telah melafazkan taklik sekali dan masih menunggu keputusan mahkahmah untuk mengesahkan status rumah tangganya.

Kemudian, tular pula swafoto memaparkan Jofliam bersama seorang staf perempuannya yang dipercayai Dewi.

Namun, Jofliam yang terkenal dengan Pizza Wangyu menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Dewi seperti yang didakwa ramai.

#Kontroversi #Rumah tangga #Nafi #Jofliam #Marketing #Taktik
;