Jofliam yang mesra disapa Jo itu memaklumkan bahawa dia telah melafazkan taklik cerai sebanyak satu kali terhadap isterinya.
“Kalau bagi saya ikut hukum sudah (cerai).
Enggan menjatuhkan hukum secara sembarangan, Jofliam bagaimanapun, menyerahkan segala keputusan yang sahih kepada pihak mahkahmah.
“Saya rasa biar mahkahmah putuskan sebab bab hukum saya tak berani nak cakap.
“Saya tak pasti (status cerai), sebab apabila saya pergi ke kaunter mahkahmah haritu ada yang cakap sah cerai ada yang kata tidak.
“Tetapi, saya menghormati Cik Epal, perkara ini mungkin akan dikongsi lebih lanjut selepas mahkahmah,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, usahawan yang terkenal dengan hidangan piza wagyu itu bagaimanapun memaklumkan bahawa hubungannya bersama Cik Epal ketika ini masih dalam keadaan baik.
“Saya nak pergi Milan ini dia yang belikan baju saya, saya belikan beg tangan, apa yang dia nak saya bagi, apa yang tiada di rumah saya beli,” tambahnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan isterinya malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.