Pelawak dan penyampai radio terkenal Shuib telah selamat mengikat tali pertunangan bersama pasangan pilihan, Watie Hanifiah tengahari tadi.

Majlis yang berlangsung di kediaman keluarga Watie di Shah Alam itu hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis terbabit, pihak Shuib menghantar tiga dulang hantaran berupa manisan, kasut dan sirih junjung dibalas dengan lima dulang hantaran dari pihak Watie iaitu sirih junjung, buah-buahan, sampin, kasut dan manisan.

Terdahulu, Shuib menamatkan teka-teki hubungannya bersama Watie apabila memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Jun depan.



BACA: Shuib Berdebar Bakal Nikahi Watie Hanifiah Jun Ini! - "Persiapan Dah 30%, Tak Nak Buat Grand Sangat"

BACA: "Dia Penyayang, Penyabar Sama Macam Arwah" - Shuib


Untuk rekod, menerusi perkahwinan Shuib dan arwah Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

Majlis pertunangan pasangan merpati dua sejoli itu akan disiarkan secara eksklusif menerusi rancangan Walimatul Urus di saluran Astro Ria (104).

Pasangan itu dijangka bakal diijabkabulkan pada 23 Jun 2023.