Satu temu bual khas bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo akan dapat disaksikan dalam Eksklusif Bersama Bapak Jokowi bersama Astro AWANI.

Dalam satu temu bual yang berlangsung di Istana Merdeka, Jakarta semalam, pengarang dan personaliti Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Rizal Zulkapli berpeluang mendekati dan mendalami sisi berbeza pemimpin berusia 58 tahun berkenaan yang mesra dengan panggilan Jokowi.

Kru Astro AWANI turut sama menyertai tinjauan secara santai yang berlangsung di pusat membeli-belah, Thamrin di Jakarta.

Dalam temu bual eksklusif itu, Jokowi secara terbuka berkongsi strategi penggal kedua menerajui negara terbesar di Asia Tenggara.

Termasuk, berkongsi pandangan tokoh yang lahir di Surakarta, Indonesia itu terhadap hubungan dengan Malaysia, ASEAN dan di persada antarabangsa.

Saksikan Eksklusif Bersama Bapak Jokowi pada 9 Ogos 2019, Jumaat ini pada jam 8.30 malam di Astro AWANI (Saluran 501) dan Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (Saluran 123).