EKSKLUSIF: “Yang Menghancurkan ‘Masjid’ Saya Adalah Kakak Saya” - Jofliam
02/10/2024 00:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam akui punca keretakan rumah tangganya bersama, Cik Epal dipengaruhi oleh saudara kandung sendiri.
Punca pergolakan rumah tangga
Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar, 36, mendedahkan kakaknya telah menjadi punca sebagai ‘batu api’ dalam rumah tangganya.
Bagaimanapun, usahawan piza Wagyu itu memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai punca perkara tersebut.
“Keluarga saya dah hancur, Masjid saya dah hancur, bayangkan manusia atau tidak kalau seorang kakak menghancurkan sendiri rumah tangga adik dia sendiri.
“Ya, dia seperti ‘batu api’.
“Yang menghancurkan kehidupan saya kakak saya, saya tak tahu apa penyakit dia ada sebab sampai sekarang dia rasa betul.
“Abang-abang saya salah mereka terlalu cepat untuk menghukum saya, dan maki-maki saya. Sebaliknya saya rasa mereka perlu mendengar dahulu dan tidak memilih mana-mana pihak, dan bertanya secara baik," katanya ketika dihubungi Gempak.
BERITA TRENDING: Netizen Suruh Dewi ‘Resign’ Selepas Dikaitkan Dengan Isu Rumah Tangga Jofliam & Cik Epal - “Kau Itu Isteri Orang, Patutnya…”
BERITA TRENDING: Pernah Nasihat Tapi Dibalas Biadab, Ada Sebab Abang Jofliam Campuri Urusan Peribadi Adik - “Status Dia Hanyalah Skandal Berstatus Isteri Orang…”
BERITA TRENDING: Bawa Pembantu Peribadi Ke Milan, Netizen Anggap Jofliam Tak Jaga Hati Cik Epal? - “Walaupun Dah Bercerai..”
BERITA TRENDING: “Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan
Dalam pada itu, bapa dua anak itu turut menjelaskan pendedahan itu dibuat susulan telah menerima ancaman dari pihak keluarganya.
“Sepatutnya masalah ini diselesaikan secara peribadi, tetapi saya dapat ancaman daripada keluarga saya. Abang saya beri ugutan seperti nak pukul.
“Bila saya balik Malaysia saya takut jadi apa-apa kepada saya, disebabkan itu saya tampil untuk membuat pendedahan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai pergolakan rumah tangga Jofliam dan isterinya malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Bagaimanapun, beberapa hari selepas pendedahan itu, Abang Jofliam iaitu Syah Jofli tampil menjelaskan bahawa seluruh ahli keluarga tidak masuk campur urusan peribadi di antara Jofliam dan isterinya, Cik Epal.