Viral

Elcah Dedah Pramugari Sondol Suaminya! Siap Panggil Baby Sayang, Minta RM20,000 - “Mana Pergi Hati Kau, Aku Perempuan Dan Kau Pun Perempuan”

gempak
Mya Amri
22/07/2024
06:52 MYT
Sponsor Banner
Elcah Dedah Pramugari Sondol Suaminya! Siap Panggil Baby Sayang, Minta RM20,000 - “Mana Pergi Hati Kau, Aku Perempuan Dan Kau Pun Perempuan”
Pempengaruh media sosial, Elcah mendakwa suaminya telah diganggu oleh seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka.

Ganggu suami dan minta RM20,000

Elcah menerusi beberapa hantaran di Insta Story mendedahkan selain menganggu suaminya, wanita itu juga turut meminta wang berjumlah RM20,000.
“Sebenarnya saya ada teh panas baru. Ada pramugari ini suka layan suami orang, selepas itu minta RM20,000. Tapi tak tahulah nak beritahu atau tidak dekat korang.

“Should i mention AirAsia terus about this cheapchick? Tak bayar gaji ke sampai layan suami orang. Siap panggil baby sayang. I love you suami orang, amboi,” tulisnya.

Pernah beri amaran pada wanita berkenaan

Jelas Elcah lagi, sebelum ini dia sudah memberikan amaran namun tidak diendahkan oleh wanita tersebut.

“I dah warning you sebelum kahwin. Tapi you memang berani lepas kahwin muncul lagi. Seronok eh dia panggil suami orang baby sayang, panggil panggil i love you lepas tu mudah sahaja minta RM20,000.

“I nak tanya @flyairasia you tak bayar gaji staff ke? Sebab staff you ni sampai layan suami orang. Dah ambil suami orang, nak amik duit suami i juga?
“I harap you naikkan gaji staff AirAsia X dengan segera supaya lebih terdidik perangai staff you lepas ni,” dedahnya.

Perempuan sakitkan hati perempuan

Tidak cukup dengan menganggu rumah tangganya, Elcah berkata wanita itu juga turut mencari rakan-rakan suaminya untuk memberitahu mengenai hubungan mereka.

“You cari semua kawan suami i to let them know your relationship kan? Now everyone know already. Thank me later.

“Kau tengok muka budak ni. Kau tak rasa kesian ke dekat anak aku ni? Sampai bila budak kecik yang tak tahu apa-apa ni nak hidup dia kesana kesini sampai besar?
“Mana pergi hati kau. Aku perempuan dan kau pun perempuan,” tulisnya.

BERITA TRENDING:[VIDEO] “Kau Tahu Apa Yang Kau Buat Dengan Perempuan Tu”- Instafamous Dedah Dicerai Lepas 8 Hari Kahwin

BERITA TRENDING:“Dah Lah Aniaya Bini, Kaitkan Dengan Aku” - Puteri Sarah Beri Amaran, Bekas Suami Influencer Suka Hati Petik Nama!

BERITA TRENDING:Rakan Baik Syada Bengang Niat Baik Disalah Erti - “Ada Netizen Nak Kaitkan Kes Cerai, Buka Tudung”

BERITA TRENDING:"Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga

BERITA TRENDING:Patutlah Pilih Ciri Calon Suami Yang Jujur & Tak Curang, Rupanya Sophia Albarakbah Pernah Ditipu Bekas Kekasih

Terdahulu, Elcah sebelum pernah telah mendirikan rumah tangga namun jodoh mereka tidak panjang.
Kisan penceraian Elcah bagi perkahwinan pertamanya juga menjadi tular apabila bekas suaminya membuat keputusan untuk bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Elcah kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 3 mac 2023.
Bagaimanapun, Elcah sekali lagi melalui fasa mendukakan apabila diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.
Menurut Elcah, apa yang lebih menyedihkan lagi bagi perkahwinan keduanya ini adalah apabila dia mendapat tahu bahawa bekas suaminya itu telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya dengan wanita lain.
Elcah kemudiannya melangsungkan perkahwinan ketiga dengan pasangannya iaitu Hafizuddin atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri pada Januari 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live