Laman Utama

[VIDEO] “Kau Tahu Apa Yang Kau Buat Dengan Perempuan Tu”- Instafamous Dedah Dicerai Lepas 8 Hari Kahwin

gempak
Mya Amri
25/04/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Kau Tahu Apa Yang Kau Buat Dengan Perempuan Tu”- Instafamous Dedah Dicerai Lepas 8 Hari Kahwin
Personaliti media sosial yang dikenali sebagai Elcah mendedahkan dia telah diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.
Menurut Elcah, apa yang lebih menyedihkan lagi bagi perkahwinan keduanya ini adalah apabila dia mendapat tahu bahawa bekas suaminya itu telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya dengan wanita lain.
“Siapa yang kaki spin dan siapa yang pijak semut tak mati? Kau yang aniaya aku dalam perkahwinan yang baru dibina 8 hari.
“Aku dikhabarkan dengan berita ada bayi yang patut dijaga, ada wanita lain yang patut diberi perhatian. Kau tahu apa yang kau buat dengan perempuan tu dan sampai ada perkara yang tak sepatutnya berlaku dan jadikan aku sebagai tempat persinggahan kau selama 8 hari,” dedahnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Tambah Elcah lagi, dia sudah lama bersabar dengan perangai bekas suaminya yang dianggap sebagai toksik.
“Itu kau cakap aku yang salah lagi? Adakah salah aku menolak poligami yang kau rancang demi menutup aib kau bersama perempuan jalang tu?
“Bukan main lagi kau up story @puterisarahliyana untuk kutuk aku. Aku dah lama bersabar dan bertahan, aku juga ada maruah untuk dijaga.
“Now you tell me, manusia mana yang setelah bercerai tidak lama mana yang mahu bercerai lagi dengan perkahwinan kedua?
“Memang betul, nikah 3/3 2023, kau cerai aku pada - 19/4 2023 tetapi ‘hadiah’ yang aku terima selepas 8 hari berkahwin adalah berita yang kau berikan pada aku.
“Kau nak burukkan aku dekat kawan-kawan kau. Go on, but kau kene ingat, sepanjang perkenalan kita aku meletakkan effort yang tinggi.
“Sampailah kau malas nak pergi fitting baju kahwin, malas nak keluar discuss pasal perkahwinan dan banyak lagi yang tidak terungkap.
“Siapa yang bila time pergi dating sampai rushing nak balik, jam iwatch bila mask whtsapp kau terbalikkan jam tu? Please tell me.
“After all, i should have listen to myself to not continue the wedding after seeing a bunch of red flag from you. Allah sebaik baik perancang,” jelasnya.
Dalam hantaran yang sama, Elcah juga turut berkongsi rakaman suara (voice note) yang dihantar bekas suami ketika melafazkan cerai dengan talak satu.
Terdahulu, Elcah sebelum pernah telah mendirikan rumah tangga namun jodoh mereka tidak panjang.
Kisan penceraian Elcah bagi perkahwinan pertamanya juga menjadi tular apabila bekas suaminya membuat keputusan untuk bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Elcah kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 3 mac lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live