Skip to main content

Berita Tempatan

Elfira Loy Berdebar, Harap Majlis Pertunangan Diberkati Allah

elfiraloysufianbertunang.jpg
Pelakon Elfira Loy berharap majlis pertunangannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi yang bakal berlangung hari ini mendapat keberkatan dari Allah.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Elfira turut meminta doa yang baik-baik daripada semua untuk majlis pertunangannya yang bakal berlangsung petang ini.
 

Sementara itu, menerusi satu lagi entri Elfira memberitahu agak berdebar sementara menyiapkan beberapa persiapan akhir.
 

Elfira turut berkongsi beberapa foto dan video di laman IG Story yang menunjukkan beberapa persiapan akhir yang sedang dilakukan.

Sementara itu, pengikut IG dan peminatnya turut mengucapkan tahniah kepada Elfira dan mendoakan supaya segalanya berjalan lancar.








Foto: Instagram Elfira Loy

Must-Watch Video

Advertisement