Laman Utama

Elizabeth Tan ‘Enjoy’ Berlakon 10 Tips Tipu Bini Tapi ‘Takut-Takut’ Nak Naik Motor Besar!

Fiza Kamarudin
09/01/2021
03:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengakui tidak berfikir panjang selepas diberikan tawaran untuk menjayakan watak Anna menerusi filem 10 Tips Tipu Bini.
Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy berkata, sebaik sahaja menerima skrip daripada pihak produksi dia tertarik dengan beberapa babak terutama konvoi dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi.
“Berlakon filem ini memang seronok sebab kalau tengok pun barisan pelakon 10 Tips Tipu Bini ni ada Ropie, Joey dan Khir Rahman yang kita memang dah tahu mereka macam mana.
“Di set pun memang kelakar dan rasa penat sebab kena ‘reshoot’ banyak kali tu hilang bila mereka selalu buat kita ketawa. So rasa ‘happy’ je.
“Tapi ada part yang mencabar. Buat pertama kali saya konvoi dengan menunggang Harley Davidson, mula-mula takut tapi lepas tu ‘ngam’!.
“Bila tunggang motosikal ramai-ramai di Jambatan Pulau Pinang dengan geng motor Harley Davidson, rasa macam riders betul-betul pula,” katanya berkongsi pengalaman.
Selain Lizzy turut ditampilkan dalam filem arahan Azizi Chunk Adnan ini ialah Datuk Awie, Khir Rahman, Joey Daud, Ropie, Nazia Mustafar, Vicha, Nasir Bilal Khan, Azlee Senario dan ramai lagi.
Filem ini mengisahkan tentang tiga sahabat baik Raff (Ropie), Kay (Khir Rahman) dan Jepp (Joey) yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di syarikat pengiklanan Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato’ Dean (Azlee Senario) di Kuala Lumpur.
Raff, Kay dan Jepp hebat di tempat kerja tetapi sebaliknya di rumah kerana takut dengan isteri masing-masing.
Mereka juga mempunyai kelab motor berkuasa tinggi Harley Davidson diberi nama Dubuk Liar. Raff, Kay dan Jepp selalu mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu tapi ‘takut-takut’.
Sehinggalah tiga orang gadis pelatih muncul di syarikat dan bekerja bersama mereka dan para suami yang mengalami masalah ‘krisis pertengahan umur’ ini mula memasang niat nakal untuk memikat tiga gadis tersebut.
Jadi bermulalah penipuan terhadap isteri masing-masing kerana mahu mendekati gadis-gadis muda iaitu Anna (Elizabeth Tan), Eisya (Amy Nur Tinie dan Sara (Monica Picca).
Nak tengok gelagat Raff, Kay dan Jepp menipu isteri mereka Aishah (Vicha), Khatijah (Ziema Din) dan Jas (Nazia Mustafar) saksikan 10 Tips Tipu Bini di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480) sekarang!.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton filem ini seisi keluarga secara berulang-ulang dalam tempoh 48 jam!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Hiburan

Solidariti Artis Untuk Program Malaysia4Palestin

gempak
25/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Naim Daniel menganggap program Malaysia4Palestin merupakan satu inisiatif untuk selebriti memberi sumbangan dari segi tenaga kerja selain sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Berita

Saluran Malaysia4Palestine Ketengah Krisis Kemanusiaan Di Palestin

gempak
24/05/2024
09:55 MYT
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Hiburan

Sheriff: Syafiq Yusof Dedah Sisi Lain Zul Ariffin - “Aku Tak Jangka, Dia Buat…”

gempak
22/05/2024
08:55 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta satu fenomena di mana sudah mencapai kutipan RM60.5 juta selepas kurang sebulan ditayangkan di pawagam.
Filem

#Sheriff: Terus Lakar Kejayaan, Raih RM16.3 Juta Untuk Lima Hari Tayangan! Datuk Yusof Haslam Terharu Dengan Sambutan

gempak
22/04/2024
06:00 MYT
Datuk Yusof Haslam terharu sambutan Sheriff.