gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isteri AC Mizal Terkilan Konsert 4U2C Jadi Isu -”Saya Tahu Susah Untuk Awak Tapi…”
VIRAL
Pemandu E-Hailing Mengantuk, Suami & Isteri ‘Offer’ Pandu Kereta Pulang Ke Rumah - “Daripada Mengadu Dekat…”
HIBURAN
Berang Lagu 4U2C Dimuat Naik Tanpa Izin Di Platform Digital, AC Mizal Tuntut Penjelasan Man Senoi - “Keluarkan Suara Kami, Kau Jual Instrumental”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Elliza Razak Merayu Ketakutan, Diganggu Pengutip Hutang Bekas Suami - “Dah Bercerai! Tolonglah Jangan Cari Saya!”

Mya Amri
Mya Amri
03/07/2025
00:20 MYT
Sponsor Banner
Elliza Razak Merayu Ketakutan, Diganggu Pengutip Hutang Bekas Suami - “Dah Bercerai! Tolonglah Jangan Cari Saya!”
Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak akui kini berada dalam ketakutan selepas gangguan pengutip hutang melibatkan bekas suaminya.

Dah bercerai, tak ada kena mengena dengan bekas suami

Elliza menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya memohon supaya tidak diganggu oleh pengutip hutang keran dia sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan bekas suaminya.

“Saya dah bercerai! Tak ada kena mengena dengan bekas suami dah. Saya pun tak tahu dia duduk mana! “Tolonglah pada yang nak cari dia dan minta hutang, tolong jangan cari saya! Saya tak tau apa-apa pun pasal hutang dia!

“Banyak masuk mesej orang cari dia (bekas suami). Bunyi macam ah long minta hutang pun ada. Ya Allah tolong lah jangan ganggu ketenteraman saya dah,” tulisnya.

Bekas suami empat bulan tak bayar nafkah

Jelas Elliza lagi, bekas suaminya juga sudah empat bulan tidak membayar nafkah untuk dua orang anaknya.

“Hutang saya pun dia buat bodoh sahaja! Nafkah anak pun tidak diberi, empat bulan dah. “Tujuan membuat posting ini di sini bukan nak minta simpati tetapi saya nak minta tolong jangan ganggu saya dan anak-anak,” tegasnya.

View this post on Instagram
A post shared by Elliza Razak (@ellizarazak)
Untuk rekod, Elliza dan bekas suaminya yang dikenali sebagai Khairul Adzwan Nasir berkahwin pada 11 November 2011. Namun mereka bercerai pada Februari 2024.
Topic Berkaitan
#Hutang
#Bekas Suami
#Nafkah
#Elliza Razak
#Pengutip Hutang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement