Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Elvina Pernah Alami Mental Breakdown Ketika Jaga Anak Sakit

Umirah Halim
07/07/2024 02:55 MYT
Sepanjang lima tahun menjadi seorang ibu, pelakon Datin Elvina Mohamad berkongsi detik-detik kepayahan yang pernah dihadapi semasa menjaga cahaya matanya.

Pernah mental breakdown

Elvina, 29, memaklumkan dia pernah mengalami ‘mental breakdown’ ketika menjaga anaknya yang sakit.

“Kesusahan yang paling saya tak boleh lupa ketika anak saya sakit dan ketika mereka masih bayi. Kalau anak sakit saya kalau boleh nak elak tak nak sangat.

“Sebab kalau dia tantrum ke apa tak boleh nak marah sebab dia baby jadi kita lah yang kena layan dengan penuh kesabaran.


“Walaupun saya ada helper bila anak sakit saya akan jaga anak sepenuhnya, saya pernah tak tidur hampir dua hari, saya pun mental breakdown tapi nasib baik lah saya ada suami saya yang bertanggungjawab dan ibu mentua saya untuk tolong.

“Sebenarnya orang sekeliling kita penting untuk bagi kita sokongan,” katanya ketika ditemui Gempak baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: "Balik Jer Tidur Mesti Kena Tindih, Sampai Tak Boleh Bernafas" - Elvina Mohamad

​ARTIKEL BERKAITAN: “Baby Maleeq Nak Juga Keluar Sebelum Raya,” - Elvina Mohamad Syukur, Selamat Bersalin Seminggu Awal

Sementara itu, ibu anak dua itu turut berpendapat bahawa pasangan memegang peranan yang penting untuk saling membantu ketika menjaga anak

“Macam-macam sebenarnya kesusahan yang dihadapi selain jaga sakit itu, masa kita nak kerja pun kita akan fikir je pasal tu tapi macam mana kita kawał situasi tapi partner kita pun ambil peranan penting kena beri kerjasama dan kena give and take untuk jaga anak,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Elvina dan Haniff berkahwin pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Hot Mummy! Netizen Puji Foto ‘Maternity’ Elvina Mohamad - “Dia Mengandung Cantik Betul… Aku Dah Rupa Mak Lampir”

​ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Sedih Ibu Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Kerana Kekurangan & Kesilapan Saya Telah Meletakkan Dia Di Posisi Sebegitu”
#Anak #Sakit #Tidur #Jaga #Mental #Tak #Mohamad #Elvina #breakdown
;