Pelakon, Datin Elvina Mohamad selamat melahirkan cahaya mata keduanya di sebuah pusat perubatan yang terletak di Damansara baru-baru ini.

Elvina menerusi akaun Instagramnya berkongsi rasa bersyukur kerana dapat beraya bersama anak keduanya yang diberi nama Ean Maleeq.

Kongsi Elvina lagi, Maleeq sebenarnya dilahirkan seminggu lebih awal dari tarikh jangkaan sebenar.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada kami sekeluarga.

“Tahun ini dapat raya berempat sebab baby Maleeq nak juga keluar before raya walaupun EDD (tarikh jangkaan bersalin) lagi seminggu,” coretnya.

A post shared by ELVINA MOHAMAD ? (@elvinamohamad)

Bagaimanapun Elvina masih belum berkongsi wajah penuh anak kesayangannya itu.

Terdahulu, Elvina telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Haniff Borhan pada 18 Mac 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini mereka dua cahaya mata lelaki, Karl Mateen, 4, dan Ean Maleeq.