Pelakon Emelda Rosemilla berkongsi detik cemas apabila secara tidak sengaja menyebabkan kecederaan ringan kepada suaminya, Adlin Aman Ramlie.

Menceritakan semula kejadian tersebut menerusi sebuah hantaran video di laman sosial Instagram (IG), Emelda berkata kemalangan tersebut berlaku ketika penggambaran sebuah drama.

Menurut Emelda dalam sebuah babak bersama Adlin, dia telah menolak suami sehingga terlanggar meja dan kepalanya terhantuk ke sebuah almari.

Tambahnya lagi, dia panik apabila mendapat tahu kepala Adlin benjol dan kejadian itu meyebabkan Emelda hilang fokus untuk melakonkan babak seterusnya.

“Mel belanja sikit scene dalam ABNORMAL. Masa Mel tolak Adlin dia terlanggar coffee table kat belakang lalu jatuh and kepala dia hit kuat another cabinet kat belakang tu.

“Dia blackout untuk beberapa saat. Dia kata otak dia bergegar. Ya Allah perasaan ketika tu Tuhan je yang tahu, habis menganggu kosentrasi Mel nak buat scene lain, sebab kepala dia benjol.

“Bunyi kuat tu, bunyi kepala dia terhantuk. Sisthur terpush kuat kerana lupa diri. Terlalu fokus dengan lakonan membuatkan terlupa teknik.

“Nasib scene dengan isteri, kalau dengan orang lain entahlaa apa jadi…Tengok TV memang best, nak buat tu memang mencabar,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

A post shared by Emelda Rosemila (@emeldarosemila)


Emelda sebelum ini mengaku selesa berlakon disamping suami kerana mereka mempunyai lebih banyak ruang dan masa untuk berbincang tentang peranan masing-masing.

Antara drama yang menggandingkan pasangan suami isteri ini ialah Dukun Diva yang sedang ditayangkan di Astro Citra.

Menerusi Dukun Diva, Emelda dan Adlin memegang watak sebagai Datuk DD dan Datuk Saddiq yang merupakan seteru dalam perniagaan.

Emelda turut berkongsi snippets lakonannya bersama Adlin di IG dan mendapat pujian pengikut termasuk rakan-rakan selebriti.

Rata-ratanya terhibur melihat gelagat Datuk DD dan Datuk Saddiq.

A post shared by Emelda Rosemila (@emeldarosemila)


Datuk DD dan Datuk Saddiq pada mulanya merupakan sahabat baik sehinggalah salah seorang daripada mereka belot dan tikam belakang.

Disebabkan itu, rasa tidak puas hati mula timbul kerana berasakan pesaing bermain kotor sehingga khidmat dukun digunakan.

Apa kesudahan kisah Datuk DD dan Datuk Sadiq? Jangan lupa tonton Dukun Diva pada setiap Isnin, pukul 9 malam.

Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Dukun Diva menjalinkan kerjasama bersama jenama lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pengedar coklat tempatan, Love 18C bagi menghidupkan keunikan setiap karakter utama dalam drama Astro Original ini.

Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com. Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dan syarat.