,
Hiburan

Emelda Fail Saman, Tuntut Ganti Rugi Lebih RM1 Juta Terhadap Zarina Anjoulie

Fiza Kamarudin
23/06/2020
18:20 MYT
Pelakon Emelda Rosmila menuntut permohonan maaf daripada pelakon Zarina Anjoulie kerana menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya.
Emelda menerusi sebuah kenyataan media menyatakan, permohonan maaf tersebut haruslah disiarkan di media cetak, Facebook dan Instagram pelakon itu.
Selain itu Emelda turut menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta terhadap Zarina termasuk ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang pelakon itu atau mana-mana ejennya menerbitkan semula kenyataan fitnah terhadapnya yang diterbitkan dalam bentuk video.
Selain itu, Emelda memfailkan satu saman dan pernyataan tuntutan balas terhadap Zarina berikutan video yang dimuat naik Zarina di Facebook itu.
Isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlee itu juga memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman dan pernyataan tuntutan oleh Zarina, menafikan pembabitannya dalam mengeluarkan fitnah terhadap Zarina melalui aplikasi Telegram di dalam kumpulan Covid-19 Persatuan Seniman.
Dia juga menafikan bahawa hantaran di aplikasi Instagramnya adalah fitnah kepada Zarina.
Saman dan tuntutan balas itu diserahkan kepada peguam Zarina pada 9 Jun lalu dan dia kini menyerahkan perjalanan kes kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran yang sahih.
Konflik antara Emelda dengan Zarina timbul apabila krisis Covid-19 melanda dunia sekali gus memberi kesan kepada industri hiburan tanah air sehingga muncul pertelingkahan sesama penggiat seni.
Artikel berkaitan: Jatuhkan Reputasi, Zarina Anjoulie Tuntut Permohonan Maaf & Pampasan Sehingga RM4 Juta Terhadap 2 Pelakon Ini! "Shooting Stop, Tak Ada Kerja Tak Ada Gaji!" - Emelda Rosemila Risau Tiada Insentif Dari Kerajaan Untuk Anak Seni
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Akaun Palsu, Bell Ngasri ‘Cuak’ Bila Rosyam Nor Buat Laporan Polis - “Orang Yang Saya Kenal Sejak Kecil Tiba-Tiba Nak Saman…”

gempak
13/10/2024
08:55 MYT
Pelakon, Bell Ngasri terkejut apabila namanya berada dalam senarai individu yang mahu disaman oleh aktor Datuk Rosyam Nor.
Hiburan

Pihak Pengurusan Fazura Bakal Ambil Tindakan Saman Terhadap Individu Didakwa Sebar Fitnah - “4 Hingga 5 Individu Dah Dikenal Pasti”

gempak
25/09/2024
07:55 MYT
Aktres Nur Fazura menerusi pihak pengurusannya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung kes perceraiannya bersama suami, Fattah Amin.
Hiburan

“Tak Adalah Buruk Tapi Saya Rasa Macam Bukan Diri Saya” - Zarina Anjoulie Bakal Buang Implan Hidung

gempak
22/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie tidak menolak untuk membuang implan pada bahagian hidungnya walaupun sudah melakukan pembedahan plastik.
Viral

Dapat Tahu Bekas Isteri Bekerja Sebagai Pelacur, Lelaki Ini Saman Dan Tuntut Nafkah Anak

gempak
21/09/2024
14:55 MYT
Saman itu juga adalah bagi menuntut nafkah buat anaknya selepas mereka berdua bercerai.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
BorakSeeni