Pelakon Emelda Rosemila berkongsi sebuah video dia menjumpai getah dalam sotong yang dimakan bersama nasi lemak di sebuah restoran tempatan.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Dalam video itu, Emelda cuba menarik-narik getah yang dijumpainya itu dan ia tidak terputus.

Menurut Emelda, dia berasa bimbang dengan perkara itu memandangkan banyak makanan ciptaan palsu yang berada di pasaran masa kini.

"Hi semua, just nak share kalau korang tahu, saya terjumpa rubber dalam nasi lemak, tarik pun tak boleh putus.

"Takut juga kalau termakan artificial cuttlefish, sekarang ni macam-macam artificial, beras, telur, udang dan macam-macam lagi," tulisnya di ruangan kapsyen.

[ PART 1 ] Getah dalam sotong? Hi semua just nak share klu2 korg tahu. Hi semua just nak share klu2 korg tahu. Lastweek Mel makan dkt Old Town White Coffee and terjumpa mcm rubber dalam sotong nasik lemak. Tarik pun tak boleh putus. Takut jugak klu termakan artificial cuttlefish. Sekarang nie mcm2 artificial. Beraslaa, eggs, udang etc etc. Tak fikir keselamatan org ramai. Janji bisnes jalan. Pls anyone bgtau apa benda nie. Dah termakan dah. Nasib satu jer?.

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on


Emelda memulakan kerjayanya dalam industri hiburan pada tahun 2000 dan masih aktif sehingga kini.