BERITA
"Empat Tahun Lalu, Dari Sekeping Kertas Hingga Berjaya Direalisasikan" - Shuib Sepahtu
Pelawak Shuib Sepahtu mengakui bersyukur apabila Sepahtu Reunion Live Al-Puasa dipilih sebagai pemenang pada Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019) yang berlangsung semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Shuib berkongsi pengalaman bagaimana kali pertama tercetusnya idea untuk menghasilkan program tersebut.
"Gambar penuh makna. Terima kasih @jepsepahtu yang menghadirkan idea untuk #sepahtureunionlive 4 tahun lalu dari sekeping kertas hingga berjaya direalisasikan.
"Terima kasih @illya_senario dan @rahimr2 kerana sudi bersama-sama menjayakan program ini. 4 musim kita lalu suka duka, tangis tawa.
"Terima kasih Kak Aina dan Lyd yang sentiasa sabar melayan kerenah kami. Terima kasih team production yg bertungkus lumus dalam memastikan setiap minggu #sepahtureunionlive berjalan lancar.
"Terima kasih sekali lagi #sepahturious yang selalu menyokong kami dan penonton-penonton yang terus setia bersama kami. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah swt.. Segalanya dikembalikan pada Dia," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada Sepahtu kerana berjaya memenangi anugerah tersebut dan berharap rancangan Sepahtu akan diteruskan lagi pada musim akan datang.
Must-Watch Video