Penyanyi, Bella Astillah enggan bersalaman dengan bekas suaminya, Aliff Aziz buat kali terakhir.

“Biarlah masa yang menjawab segalanya...

Ketika ditanya mengenai mengapa tidak mahu bersalaman sebelum Aliff melafazkan cerai, Bella enggan mengulas panjang.

“Biarlah masa yang menjawab segalanya,” katanya ringkas.

Tidak Fikir Soal Berhubung Dengan Aliff

Dalam pada itu, Bella berkata dia juga belum memikirkan soal bersedia untuk kembali berhubung dengan Aliff secara baik.

BERITA TRENDING: “Saya Tak Tuntut Apa-Apa Sebab Harta Paling Berharga Adalah Anak-Anak” - Bella Astillah

“Masih belum berkesempatan memikirkan hal itu jadi kita tengok ‘one step at time’, perlahan-perlahan, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

BERITA TRENDING:Aliff Aziz Serah Hak Penjagaan Anak Pada Bella - “Sebab Dia Ibu Kandung”

Sebaik sebutan pertama di hadapan hakim, Wan Mohd Najib Wan Hamat, berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai. Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke prosiding tersebut atas urusan penggambaran.

Seterusnya, pada prosiding yang berlangsung pada 4 April lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan Aliff dan Bella perlu hadir ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berikutan keputusan Aliff yang tidak bersetuju dengan permohonan cerai dibuat isterinya.

BERITA TRENDING: “Syukur Semuanya Selesai” - Ibu Bella Astillah

Sebelum ini juga terdapat dakwaan Bella sudah berbaik dengan Aliff selepas tarikh sebutan kes perceraian mereka ditunda daripada 4 Jun kepada hari ini.

BERITA TRENDING:Tahniah Buat Bekas Sahabat Saya Ruhainies Berjaya Runtuhkan Masjid - Bella Astillah

Bella kemudiannya memuat naik kenyataan di Instagram menyatakan dia sudah lama ‘move on’ dan kini hidup tenang.

Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.