Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

ERA Sabah & Astro Fibre Perkenal Bambarayon Sempena Meraikan Pesta Kaamatan

Izwan Isa
16/05/2024 11:55 MYT
Sempena meraikan Pesta Kaamatan, ERA Sabah dengan kerjasama Astro Fibre teruja untuk mempersembahkan Bambarayon, sebuah lagu perayaan baharu yang membawa maksud ‘Semangat Padi’.

ERA Sabah

Lagu ini menampilkan penyanyi Stacy Anam selaku pelantun utama dan Konco Pagi ERA, Addnan, Mijul dan Emma, serta penampilan barisan personaliti radio ERA Sabah termasuk Melanie, Adam, Nicky dan Deemike.

Diambil daripada perkataan Kadazan Dusun, lagu yang dihasilkan dalam dialek Melayu Sabah ini mengisahkan tentang kemeriahan Pesta Kaamatan yang dilihat mampu menyatukan masyarakat umum dari pelbagai latar belakang, berteraskan prinsip kekeluargaan menerusi lagu - sama seperti keunikan Astro Fibre, mampu mengeratkan hubungan sesama keluarga dari segenap tempat.

Dicipta khas oleh Luca Sickta selaku komposer bersama Marcellus Paungin, lirik lagu Bambarayon ditulis oleh Benzooloo, Luca Sickta dan Marcellus Paungin.

Video muzik yang ditampilkan pula menerima cetusan idea pengarah Kinggoldigga yang berasal dari Sandakan, Sabah, menerusi produksi Twentytwo Degree.

Pengambaran video muzik selama dua hari telah dijalankan di Muzium Sabah, dengan keunikan rumah-rumah tradisional dan di sekitar kawasan Losou Podi Kota Belud, merupakan lokasi menarik tumpuan utama permandangan matahari terbit.

Video muzik Bambarayon juga menampilkan penari-penari dari Tagaps Dance Theatre, pemenang Pingat Emas di dalam World Dance Cup.

Para peminat dan pendengar boleh menikmati lagu dan video muzik Bambarayon di Facebook ERA Sabah dan YouTube ERA.

Tawaran Astro Fibre sempena Pesta Kaamatan



Selaras dengan pelancaran Bambarayon, penduduk Sabah juga boleh menikmati tawaran hebat Astro Fiber, melalui kolaborasi kami bersama Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. ("CT Sabah"), di mana pelanggan Astro baharu dan sedia ada boleh menikmati jalur lebar 100Mbps di rumah dan Pek Primary Astro pada harga RM99.99/bulan (NP: RM179.99/bulan).

Masa berhubung lebih baik dengan meluangkan masa bersama keluarga semasa perayaan Kaamatan kerana Pek Primary menawarkan anda lebih daripada 80 saluran dengan kandungan tempatan dan antarabangsa yang mesti ditonton termasuk Takdir Itu Milik Aku (Astro Ria Saluran 104), The Hardest Singing Show(Astro Ria Saluran 104), Framed (Astro Premier Saluran 410), The Heir to the Throne (On Demand), Liga Malaysia(Arena 1 Saluran 801 and Arena 2 Saluran 802), dan banyak lagi untuk seisi keluarga.

Tawaran ini tersedia sehingga 30 Jun 2024 dan maklumat lanjut mengenai Astro Fibre, hubungi 012 8783870 atau layari https://astro.com.my/CTSabah.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kami Care Drive Thru Bubur Lambuk’ Anjuran Astro Radio Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

ARTIKEL BERKAITAN: Azmi Saat Offer Diri Jadi Pemain Import Kaki Bangku ERA, Ini Reaksi Nabil Ahmad!

#Stacy #ERA Sabah #Pesta Kaamatan #Astro Fibre #Bambarayon