Hiburan

Ernie Zakri Syukur Allah Buka Hati Untuk Bertudung, "Masa AJL Dah Ada Niat Tapi ..."

gempak
Zulaikha Yusof
20/07/2020
02:43 MYT
Sponsor Banner
Ernie Zakri Syukur Allah Buka Hati Untuk Bertudung, "Masa AJL Dah Ada Niat Tapi ..."
Penyanyi dan pelakon Ernie Zakri akui dengan kesilapannya yang tidak mengenakan tudung ketika Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) walaupun sudah terdetik di hati.
Menurut Ernie, pada ketika itu dia lebih mementingkan soal kerja justeru agak mengambil masa sebelum menukar imej.
"Sebenarnya niat saya dah lama dari tahun lepas lagi. Cuma saya manusia biasa yang ada rasa takut.
"Sedangkan secara umum Islam itu sangat mudah. Bila dah terdetik nak bertudung, saya tidak terus melakukannya tetapi masih mencari dan mempelajari. Saya selalu tengok ceramah.
"Masa AJL haritu saya dah ada niat nak bertudung tapi saya lebih memikirkan soal kerja pada masa itu. Dan benda itu adalah kesilapan kepada saya juga.
"Sekarang saya terfikir kenapa la tidak memakainya sejak awal lagi. Namun, saya rasa lagi bersyukur kerana Allah buka hati saya. Itu yang harus dipandang dari sudut positif," katanya kepada Gempak.
Tambah pelantun lagu Gundah itu, dia bersyukur kerana tidak ada halangan atau masalah yang berlaku sepanjang berhijab.
"Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini yang ada tanda untuk saya memakai tudung. Ada perasaan takut dalam hati saya, macam mana kalau sudah sampai masa dunia berakhir? Sempat ke saya?
"Sedikit sebanyak mendorong saya ke arah ini, alhamdulillah tidak ada kesusahan yang saya dapat selain daripada doa-doa. Semua kerja saya setakat ini berjalan dengan lancar," katanya lagi.
Terbaru, Ernie bakal muncul dalam program terbaru Nurflix, berjudul The Khadijas bersama beberapa barisan selebriti yang lain antaranya Diana Amir, Sherry Alhadad, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Lufya Omar dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live