Laman Utama

Ernie Zakri Tak Sangka Bertanding AJL38 Dengan Mak Long - “Rasa Sangat Takut, Dia Seorang Ziana Zain”

gempak
Mya Amri
24/12/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
Ernie Zakri Tak Sangka Bertanding AJL38 Dengan Mak Long - “Rasa Sangat Takut, Dia Seorang Ziana Zain”
Penyanyi, Ernie Zakri akui berdebar apabila dapat bertanding dengan ibu saudaranya yang merupakan selebriti terkenal, Ziana Zain di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38).
Menurut Ernie, dia sendiri tidak menyangka akan berada satu pentas bersama Ziana memandangkan sering melihatnya sejak kecil.
“Perasaan saya… Saya rasa sangat takut, dia adalah Ziana Zain kan. Tetapi saya percaya pada rezeki. MasyaAllah, saya tengok beliau daripada saya kecil.
“Saya tak sangka nanti saya akan berada satu pentas dengan beliau. Saya rasa sangat gembira,” katanya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING: Ziana Zain Sebak Dengar Ucapan Anak - “Jangan Risau Mama, Kami Adik Beradik Ada…”

Dalam pada itu, Ernie juga turut mendoakan urusan ibu saudaranya itu dipermudahkan menjelang anugerah tersebut.
“Saya mendoakan juga agar segala urusan mak long diberikan kemudahan kerana dia pun mahu membuat persiapan untuk konsert solo yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Insya-Allah, mudah-mudahan semoga Allah memberkati kami,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Ernie Zakri Tak Salahkan Nadeera - “Kami Tiada Isu, Dia Mohon Maaf Begitu Juga Saya”

Terdahulu, ketiadaan nama Ernie Zakri selaku penyanyi asal lagu Astana pada pengumuman 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 38 menimbulkan persoalan dalam kalangan ramai.
Susulan itu, nama penyanyi Ernie terheret apabila didakwa menarik diri daripada menyanyikan lagu Astana yang juga ciptaan bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman.
Ernie kemudiaannya berjaya ke AJL38 menerusi lagu Astana, manakala Ziana menerusi lagu Waktu duet bersama Hasif Upin.
AJL 38 dijangka bakal berlangsung di dewan Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 3 Mac 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live