HIBURAN
Ernie Zakri Teruja Kolaborasi Dengan Dayang Nurfaizah & Anggi Marito, Jadi Pilihan Komposer Indonesia
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri terus mengukuhkan namanya dalam industri muzik apabila mengumumkan kolaborasi bersama penyanyi popular, Dayang Nurfaizah, menerusi lagu berjudul Nikmati Masanya.
Teruja duet bersama idola
Menurut Ernie, dia sangat terharu apabila dapat berkolaborasi bersama penyanyi yang menjadi idolanya sejak kecil lagi menerusi lagu hasil ciptaan komposer terkenal Indonesia, Tohpati dan Clara Riva itu.
“Siapa sangka... sejak kecil saya sudah menonton Dayang menyanyi. Berapa tahun kemudian... dia bersetuju dengan kerjasama ini. So.. manifest guys! Terima kasih ©dayangsayangkamu sebab sudi,” tulis Ernie gembira.
Berpadu suara dengan penyanyi wanita Indonesia
Pelantun lagu hits Masing-masing itu turut membuat kejutan dengan mengumumkan single duet baharu bersama penyanyi popular Indonesia, Anggi Marito.
Ernie berterima kasih kepada pelantun lagu Tak Segampang Itu yang sudi berkolaborasi bersama menerusi lagu berjudul Kisah Penuh Kecewa ciptaan komposer SEEK dan Clara Riva.
“Kisah Penuh Kecewa. Lagu ini jahat. Thank you Anggi Marito sudi nyanyi sama-sama,” ucap Ernie.
Ernie yang kini berada di Indonesia turut berkongsi beberapa momen eksklusif di Instagram (IG) ketika sesi rakaman di studio.
Pemenang trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu pada Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) itu turut memberi bayangan akan muncul dengan beberapa buah lagi single baharu.
Antaranya termasuk karya ciptaan komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto dan Ade Govinda.