Gempak logo
HIBURAN

Erra Fazira, Mr E Bikin Live TikTok Sama-Sama, Netizen Usik; "Memang Musim Semut Sekarang Ni"

article-author-avatar
Ainun Md Zooki 11/03/2025 | 19:55 MYT
Erra Fazira, Mr E Bikin Live TikTok Sama-Sama, Netizen Usik; Memang Musim Semut Sekarang Ni

Tular di aplikasi TikTok dimana pelakon Erra Fazira dilihat kelihatan mesra berseloroh bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr. E menerusi siaran langsung akaun TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, dilihat bersama pengasas Kueh Cafe iaitu Ezwan Zain membuat siaran langsung sambil mempromosikan jenis kuih yang ada di restorannya.

Ketika mereka sedang melakukan siaran langsung, rata-rata netizen sempat mengusik mereka berdua yang kelihatan seperti dilamun cinta.

undefined

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Weh, lepas satu satu la.. BASS la, Fattah Amira la, Sarah Andi la, ni Kak Erra pula…”

“Banyak betul ek jemputan kahwin tahun ni nanti.”

“Memang musim semut semutan ke sekarang ni…,” komen dari netizen.

Terdahulu, Erra Fazira pernah dikaitkan dengan penyanyi Shahir Zawawi, yang kini telah mendirikan rumah tangga.

Dalam sejarah peribadinya, Erra mendirikan rumah tangga dengan pengarah Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003 sebelum berpisah pada 2006.

Dia kemudiannya berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, yang kini berusia 16 tahun.

Namun, perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2014.

BERITA BERKAITAN: Tiada Cinta Berputik, Erra Fazira Tepis Spekulasi Kisah Peribadi - “Saya Bersyukur Berkawan Dengan Lelaki Berstatus…”

BERITA BERKAITAN: Diusik Gosip Cinta Dengan Mr. E, Ini Reaksi Erra Fazira!

BERITA BERKAITAN: "Berilah Peluang, Kami Baru Nak Kenal... Kalau Tak Jadi, Saya Juga Malu" - Erra Fazira

BERITA BERKAITAN: "Selamat Ulang Tahun Buat Kamu Yang Mendamaikan" - Erra Fazira

#Erra Fazira #Netizen #TikTok #Mr.E