gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Jeff Bezos Selamat Kahwini Wartawan Dalam Majlis Bernilai RM211 Juta
HIBURAN
Warna Unik Mata Kucing Kilafairy Jadi Perhatian - “Handsomenya Taka, Terima Kasih Sebab Selamatkan & Bela Dia Dari Dibuang”
HIBURAN
Erma Fatima Nampak Bakat Lakonan Puteri Balqis Sejak Usia 6 Tahun - “Saya Rasa Dia Ini Lahir-Lahir…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Berilah Peluang, Kami Baru Nak Kenal... Kalau Tak Jadi, Saya Juga Malu" - Erra Fazira

Gempak
Gempak
04/01/2025
03:31 MYT
Sponsor Banner
"Berilah Peluang, Kami Baru Nak Kenal... Kalau Tak Jadi, Saya Juga Malu" - Erra Fazira
Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira mengakui sedang berada dalam fasa perkenalan dengan individu yang disebutnya sebagai 'mendamaikan' dalam hantaran Instagram Story (IGs) baru-baru ini.

BERITA TRENDING: "Selamat Ulang Tahun Buat Kamu Yang Mendamaikan" - Erra Fazira

Namun, Erra, 51, enggan mengulas lanjut tentang hubungan itu dan ingin berhati-hati.
"Berilah peluang. Kami baru nak kenal. Kalau boleh saya tak mahu komen banyak-banyak.
"Kalau tak jadi, saya juga yang malu," katanya kepada BH Online.
Menurut Erra, ucapan selamat ulang tahun dalam IGs tersebut hanyalah kejutan khas buat seorang rakan.
"Secara umumnya, ia hanyalah ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat rakan yang mungkin beri kejutan buatnya. Itu sahaja," ujarnya.
Ketika ditanya jika jejaka misteri itu mungkin seseorang yang dikenali media, Erra hanya tertawa dan mengucapkan terima kasih atas doa yang baik untuk dirinya.
"Allahuakbar! Terima kasih doakan yang baik-baik. Mudah-mudahan yang terbaik juga buat kita semua. Amin," ungkap Erra.

BERITA TRENDING: Isu Perpisahan Dalam Kalangan Artis, Ini Pendapat Erra Fazira - “Jangan Sampai Mengaibkan Orang Lain”

Hantaran asal Erra yang menarik perhatian ramai berbunyi; "Selamat ulang tahun buat kamu yang mendamaikan. Moga Allah perkenankan segala doa dan harapan yang terindah dalam kehidupan dunia dan akhirat" diiringi lagu Semoga Abadi nyanyian Misha Omar.
Erra sebelum ini pernah dikaitkan dengan penyanyi Shahir Zawawi, yang kini telah mendirikan rumah tangga.
Dalam sejarah peribadinya, Erra pernah berkahwin dengan Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003 dan bercerai pada 2006.
Beliau kemudian berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, sebelum berpisah pada 2014.

BERITA TRENDING: “Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
#pelakon
#Erra Fazira
#Hari Jadi
#Damai
#Ucapan
#Primadona
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement