Hiburan

Tiada Cinta Berputik, Erra Fazira Tepis Spekulasi Kisah Peribadi - “Saya Bersyukur Berkawan Dengan Lelaki Berstatus…”

gempak
Gempak
14/01/2025
10:25 MYT
Sponsor Banner
Tiada Cinta Berputik, Erra Fazira Tepis Spekulasi Kisah Peribadi - “Saya Bersyukur Berkawan Dengan Lelaki Berstatus…”

Sudah berulang kali bintang jelita, Erra Fazira, 51, diserang virus cinta, namun belum ada satu pun menjangkitinya.

Sering dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki daripada pelbagai hiraki, namun semuanya itu hanyalah sekadar usikan manja.

Tiada janji termeterai, malah belum ada ikatan yang terjalin. Sebaliknya, Erra kelihatan selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal dan hanya fokus pada kerjaya hinggalah hantaran berbentuk ucapan selamat ulang tahun ditujukan kepada jejaka misteri dimuat naik dalam Instagram Story (IGs), baru-baru ini.

Gara-gara ucapan berbaur romantis, pemilik nama lengkap Fazira Wan Chek ibarat duduk di kerusi panas apabila ramai yang mendambakan kenyataan pasti berhubung tindakannya itu.

Untuk kesekian kali, Primadona Filem Melayu itu menegaskan, antara dia dan pengusaha kafe bernama Ezwan Zain atau Mr E, 44, sekadar kenalan rapat dan tiada sebarang hubungan istimewa.

"Saya kenal Ezwan sudah agak lama kerana pernah ke kafenya ketika penggambaran program bual bicara, Primadona.

"Namun, kami tak bersembang pun. Kalau tak silap saya, kami bertemu semula tiga tahun lalu di konti radio Sinar FM.

"Dari situ, kami mula berbual sekadar untuk menyantuni. Hanya beberapa bulan lalu Ezwan mula rajin menghantar mesej dalam Instagram (IG), sejak itulah, kami semakin rancak berbual.

"Maka, boleh dikatakan kami mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Saya kategorikan Ezwan sebagai kenalan rapat," kata Erra mengimbau semula detik awal perkenalan mereka.

Mengenali pelakon jelita ini, dia bukanlah seorang yang gemar berkongsi kisah peribadi dalam media sosial.

Justeru, apabila secara tiba-tiba memuat naik hantaran seakan memberi bayangan sedang dilamun cinta, tentunya ramai tercari-cari siapakah jejaka bertuah yang mampu mengetuk pintu hatinya itu.

BERITA TRENDING: Tikam Bapa Tiri Selepas Bertengkar Cara Goreng Telur

BERITA TRENDING: Sup Perut RM 20 Sekali Pakej 'Najis', Pembeli Nak Buat Aduan Tapi Peniaga Kata Itu ....

BERITA TRENDING: Sedar Diri Sudah Tua, Chew Kin Wah Akui Kurang Terima Tawaran Berlakon - “Bila Tiada Kerja, Saya Biasanya…”

BERITA TRENDING: Evertts Gomes Jejaka Misteri Dalam Video ‘Date With My Man’ Di IG Wani Kayrie - “Saya Pilih Secara Random & Dia…”

Mengulas lanjut, pelakon filem Polis Evo 2 sekali lagi menegaskan tiada sebarang maksud tersembunyi berhubung ucapan istimewa dilayangkan kerana ia hanyalah sekadar ingatan seorang sahabat.

"Mengucapkan 'happy birthday' adalah perkara biasa. Sebelum ini, sudah ramai yang saya ucap berserta dengan emoji hati. Mungkin dia terlihat sebagai 'potential partner' di mata orang luar menyebabkan kisah kami ini digembar-gemburkan.

"Saya jarang berkongsi apabila tiada keperluan untuk dikongsi. Dalam hati, tujuan saya sekadar ingin membuat kejutan istimewa buat Ezwan. Hanya ucapan ringkas buat si 'birthday boy', maka saya muat naik.

"Saya tak rasa ia keterlaluan sehingga boleh menjadi bahan bualan. Dengan tumpuan diberikan, saya percaya Ezwan sedikit terkejut, tetapi dia adalah insan yang tidak asing dalam industri hiburan, jadi dapat menanganinya dengan baik," ungkap Erra kepada BH Online.

Sumber: Berita Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024