EURO 2024: Yamal Tetap Kena Siapkan Kerja Sekolah Walaupun Beraksi - “Saya Harap Cikgu Benarkan Saya Lulus”
Gempak
22/06/2024 13:55 MYT
22/06/2024 13:55 MYT
Bagi Lamine Yamal, sambungan Wi Fi adalah salah satu kebimbangan terbesarnya di kem latihan Sepanyol di pusat peranginan spa mewah di Donaueschingen di Black Forest, ini disebabkan dia perlu menyelesaikan kerja sekolah.
Pelajaran tetap diberi keutamaan
"Saya harap cikgu benarkan saya lulus," kata anak muda itu dalam perjalanan untuk menghabiskan pelajaran dalam taliannya dan menghantar semula kerja sekolah kepada gurunya.
Kisah pemain berbakat berusia 16 tahun itu mungkin antara yang paling luar biasa sekitar Euro 2024.
Walaupun urusan akademik dilaporkan berjalan dengan baik, prestasi bola sepak Yamal menghampiri bertaraf dunia, dengan beberapa rekod sudah dilakarkan.
Bintang remaja ini, mempunyai kemahiran menggelecek yang sukar untuk dihalang, mampu melakukan hantaran silang tepat, melepaskan rembatan dan tandukan seperti roket.
Ketika menentang Croatia (3-0) dan Itali (1-0), penyerang itu kelihatan secara semula jadi berubah dari seorang pelajar kepada pemain bola sepak berpengalaman.
BERITA TRENDING: Euro 2024 Bermula, David Beckham Sibuk Tuai Bawang & Ternak Ayam
BERITA TRENDING: EURO 2024: Patah Hidung, Mbappe Disaran Pakai Topeng Ninja Turtle
BERITA TRENDING: Perlawanan Tertunda 45 Minit, Lelaki Rantai Diri Di Tiang Gol! Papar Baju ‘Red Card For Israel’
Bersama Nico Williams dan Pedri yang berusia 21 tahun, kehadiran pemain muda melengkapkan barisan mantap Sepanyol, dengan menampilkan campuran kesegaran dan pengalaman yang diserap dengan baik.
Antara skuad muda yang dipertaruhkan Sepanyol, Yamal menyerlah apabila dia menjadi pemain termuda dalam sejarah Euro.
Pada usia 16 tahun dan 57 hari pada September lalu, dia membuat penampilan sulung untuk pasukan kebangsaan, dan turun ke padang di Jerman awal bulan ini pada usia 16 tahun dan 338 hari.
BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: David Beckham; Tentang Momen Terindah Predator, Sukan Kepada Fesyen & Momen Bersara!
BERITA TRENDING: adidas Lancar Predator 24! Ini Yang Menarik Tentang But Bola Kegemaran David Beckham
Berumur 17 tahun pada 13 Julai depan, sehari sebelum perlawanan akhir kejohanan, dia menjadi penjaring termuda dalam sejarah Sepanyol ketika menentang Georgia September lalu.
Dia membuat penampilan sulung La Liga untuk FC Barcelona pada usia 15 tahun, sembilan bulan dan 16 hari.
Mungkin tidak mengejutkan, Barca mengenakan yuran pembelian sebanyak satu bilion euro (RM5 bilion) dalam kontraknya, yang berakhir sehingga 2026.
Sumber: HARIAN METRO