EXO Chen Dah Jadi Bapa, Isteri Selamat Bersalin Baby Girl

Mya Amri
April 29, 2020 09:18 MYT
Anggota kumpulan K-Pop terkenal EXO, Chen dilaporkan menimang cahaya mata pertama selepas isterinya, selamat bersalin hari ini.
Berita gembira itu juga disahkan oleh agensi Chen, SM Entertainment menerusi satu kenyataan pendek sebentar tadi.
“Memang benar EXO Chen dan isterinya telah menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka hari ini,” katanya wakilnya ringkas.
Dilaporkan isterinya selamat bersalin cahaya mata perempuan bertempat di sebuah hospital daerah Cheongdam-dong, Seoul, Korea.
Terdahulu, Chen telah mengejutkan peminatnya selepas membuat pengumuman mengenai perkahwinanya dan pengesahan mengenai kehamilan isterinya sekitar awal Januari lalu.
BACA: Mengejutkan! EXO Chen Dedah Bakal Berkahwin, Tunang Kini Sedang Hamil
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
LAGI BERITA MENARIK:
BACA: Lee Min Ho Laku Keras, Kini Jadi Abang Pizza Pula
BACA: “Sekarang Kami Boleh Berbicara Tentang Agama” - Ayana Moon Bahagia Adik Ikut Jejak Langkah
#Artis Korea #EXO Chen