The Experts: Dikelilingi Enam Kamera, Kena Menari Tango Depan Lebih 100 Orang, Remy Ishak Kongsi Kisah Sebenar Berlaku Behind The Scene
Mya Amri
08/06/2024 03:34 MYT
08/06/2024 03:34 MYT
Lakonan hero malaya menerusi filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts, ternyata membuatkan ramai yang terpegun dengan kelainan dibawakan oleh Remy Ishak.
Kalau ada yang tidak tahu, sebenarnya Remy pada mulanya agak khuatir untuk membawakan watak Amer kerana melibatkan babak tarian.
Kata Remy, tarian bukanlah termasuk dalam bidang kepakarannya dan disebabkan itu dia mengikuti kelas tarian tango selama enam minggu bersama aktres, Maya Karin.
Nampak seperti mudah namun ada beberapa perkara yang menjadi merisaukan Remy ketika menjalani penggambaran The Experts sebelum ini.
“Saya takut kalau hasilnya tidak memberangsangkan. Nak cuba tapi takut namun kenalah buat juga bila sudah tanda tangan kan. Tapi itulah cabaran sebagai pelakon,” katanya kepada Gempak.
“Untuk latihan menari sahaja dalam sebulan lebih dengan Maya. Macam Maya dia dah biasa, saya tidak.
“Saya bukan jadi murung yang murung tetapi maksudnya lebih kepada kerisauan sama ada boleh buat atau tidak.
“Dengan kehadiran pelakon lain yang ramai dan kami menari di bahagian tengah, saya sudah mula merasai tekanan. Itu yang membuatkan saya rasa risau takut tidak perform,” jelasnya.
“Bukan hanya melibatkan saya seorang tapi ramai pihak sebab daripada segi pasukan teknikal pun ramai.
“Kita takut bila kita tidak perfom orang kena buat banyak kali dan posisi kamera pun memang lain.
“Jadi saya takut kegagalan dalam menari tu akan menyebabkan semua pihak kena buat berkali kali dan membebankan semua orang,” kongsinya.
Bagaimanapun kebimbangan Remy itu menjadi berbaloi apabila ramai yang berpuas hati melihat lakonan Remy dalam The Experts.
Malah ada juga yang membuat permintaan supaya Remy lebih kerap melakonkan watak sedikit lucu yang memaparkan sisi berlainan pelakon kacak itu.
Keberkesanan wataknya sebagai Amer juga membuatkan ada yang sanggup menonton The Experts berkali kali semata-mata ingin melihat perangai Remy dalam The Experts.
Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini telah juga menjadi kegemaran penonton dan menerima ulasan positif daripada peminat dan pihak media.
Turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Remy Ishak, Ray Dap Dap dan Hasnul Rahmat, The Experts mengisahkan Farid, Keyrol, Emma, Amer dan Lan yang kembali bersatu kerana satu ugutan.
Mereka mendapat arahan daripada gangster paling berbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.
Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.
Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Remy kongsi apa yang berlaku di belakang tabir The Experts
Migrain dan tertekan
Kalau ada yang tidak tahu, sebenarnya Remy pada mulanya agak khuatir untuk membawakan watak Amer kerana melibatkan babak tarian.
Kata Remy, tarian bukanlah termasuk dalam bidang kepakarannya dan disebabkan itu dia mengikuti kelas tarian tango selama enam minggu bersama aktres, Maya Karin.
Nampak seperti mudah namun ada beberapa perkara yang menjadi merisaukan Remy ketika menjalani penggambaran The Experts sebelum ini.
“Memang itu yang paling mencabar, saya sampai tertekan dan migrain. Saya tak pandai menari, saya bukan seorang penari pun, kalau bersilat tu bolehlah, tapi lenggok tango ni memang bukan sayalah
“Saya takut kalau hasilnya tidak memberangsangkan. Nak cuba tapi takut namun kenalah buat juga bila sudah tanda tangan kan. Tapi itulah cabaran sebagai pelakon,” katanya kepada Gempak.
Dikelilingi enam kamera, menari depan lebih 100 orang
“Untuk latihan menari sahaja dalam sebulan lebih dengan Maya. Macam Maya dia dah biasa, saya tidak.
“Saya bukan jadi murung yang murung tetapi maksudnya lebih kepada kerisauan sama ada boleh buat atau tidak.
“Memang dalam skrip ada beritahu kita akan buat dalam restoran, tetapi saya tak sangka pula dalam keadaan pelakon extra yang lebih daripada 100 orang.
“Dengan kehadiran pelakon lain yang ramai dan kami menari di bahagian tengah, saya sudah mula merasai tekanan. Itu yang membuatkan saya rasa risau takut tidak perform,” jelasnya.
Kamera work yang unik dan susah
“Bukan hanya melibatkan saya seorang tapi ramai pihak sebab daripada segi pasukan teknikal pun ramai.
“Kita takut bila kita tidak perfom orang kena buat banyak kali dan posisi kamera pun memang lain.
“Untuk The Experts ni posisi kamera yang digunakan memang sangat unik, daripada bahagian atas dan bawah jadi kamera work sangat susah.