HIBURAN
Fadhli Masoot Kemalangan, Terima Enam Jahitan Di Bahagian Kelopak Mata - “Kereta Itu Masuk Simpang Secara Tiba-Tiba…”
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council iaitu Fadhli Masoot terlibat dalam kemalangan bersama dengan sebuah kereta pada Isnin.
Terima enam jahitan di kelopak mata
Kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Subang Jaya di mana sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita secara tiba-tiba memasuki simpang.
Menurut Fadhli, disebabkan kejadian itu, dia telah menerima enam jahitan dibahagian kelopak mata.
“Saya sedang menunggang motosikal dan jalan yang saya lalui itu pula lurus sahaja, insiden berlaku selepas ada sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita masuk simpang secara tiba-tiba.
“Saya kini berada dalam keadaan baik selepas mendapatkan rawatan, syukur tidak ada apa-apa kejadian serius cuma kena enam jahitan di bahagian kelopak mata.
“Kecederaan lain hanyalah muscle injury dan luka-luka melecet biasa. Saya juga telah selesai menbuat laporan polis dan kes itu kini berada dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN:“Dah Biasa Basuh Pinggan Sendiri, Isteri Kata Jangan! Biar Dia Yang Buat”- Fadhli Masoot Kongsi Kemanisan Berkahwin
ARTIKEL BERKAITAN:Tiga Lukisan Allahyarham Muhammad Mustaqim Beri Bayangan Nahas Di Gerik - “Kalau Belek Betul-Betul Lukisan Arwah…”
ARTIKEL BERKAITAN:Dakwa Pelajar UPSI Meninggal Dalam Keadaan Hina, Cikgu Fadli Salleh Mohon KPM Siasat Guru Biadap - “Tak Tahu Macam Mana Dia Mengajar Kalau Begini Perangainya”
ARTIKEL BERKAITAN:"Esok Majlis Nikah Saya, Tak Sangka Jadi Majlis Tahlil"
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Dengar Ibu Gajah Menangis, Dapat Rasa Ia Sedang Meratapi Kehilangan Anak" - Saksi
Isteri menangis
Berkongsi lanjut mengenai kejadian itu, Fadhli berkata dia telah menghubungi isterinya, Suraya Eusoff sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut.“Saya hubungi isteri dan dia terus datang ke tempat kejadian, kemudian bawa saya untuk mendapatkan rawatan di hospital.
“Masa hari kejadian dia okay lagi, uruskan saya, tetapi sebaik sahaja tiba waktu malam dia menangis minta maaf.
“Sebab pada mulanya saya ajak dia dan tanya sama ada nak teman saya kemas rumah atau tidak, jadi kalau bawa dia kita naik kereta dan berkemungkinan tidak berlaku kejadian sebegini.
“Maka bila dia tak ikut, saya pun rancang untuk naik motor sahaja, jadi mungkin dia rasa serba salah, sebab itu dia menangis minta maaf.
“Sepanjang waktu siang dia elok sahaja, agaknya dia baru hadam apa yang berlaku sebab terkejut saya kemalangan,” jelasnya.
Setakat ini, kes kemalangan tersebut masih lagi dalam siasatan polis.