Selalunya, jika anda melancong di Jepun, pasti anda akan singgah tempat yang biasa menjadi tumpuan pelancong seperti Tokyo dan Osaka.

Tahukah anda, banyak lagi tempat-tempat menarik yang anda boleh jelajahi di negara matahari terbit itu?



Pelakon yang kini sedang popular menerusi siri My Coffee Prince, Fahrin Ahmad bakal membawa anda meneroka keunikan Jepun menerusi rancangan Jom Jalan Japan!

Menerusi rancangan lima episod ini, Fahrin akan membawa penonton mengenali tempat-tempat istimewa di sana.

Setiap episod akan disajikan dengan tempat-tempat menarik yang jarang diterokai oleh pelancong Malaysia di Jepun.



Bermula dengan episod pengenalan yang membawa penonton meneroka Tokyo, tiga episod seterusnya akan membawa anda menerokai tempat seperti Tochigi, Ibaraki dan Gunma.

Di episod kelima, Fahrin akan membawa anda meneroka sisi Islamik bandar Tokyo yang mesra untuk pelancong Muslim seperti Akihabara dan Tokyo Camii.



Perjalanan Fahrin akan dipenuhi dengan ekplorasi tempat menarik dan pelbagai aktiviti istimewa seperti bermain salji, menikmati hidangan enak Jepun, mengenali budaya, bergaya ala Samurai dan banyak lagi!

Saksikan juga penggembaraan Fahrin yang penuh warna-warni dan pastinya akan membuatkan anda menjadikan Jepun sebagai tempat 'wishlist' wajib dikunjungi!

Jangan lupa saksikan Jom Jalan Japan bersama Fahrin Ahmad yang bersiaran setiap Isnin, bermula 8 Januari 2018 di jam 9.20 malam di Nat Geo People (saluran 725)

Rancangan ini juga boleh disaksikan menerusi Astro Bella (saluran 133), setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 12 Januari 2018.

Jom Jalan Japan juga turut boleh disaksikan di Astro Go!