Hiburan
Faizal Tahir Dedah Semula Cerita Sebenar Lagu Dirgahayu - "Inspirasi Kisah Sahabat Rasululllah Yang Mati Syahid..."
Selepas empat tahun diterbitkan, lagu Dirgahayu sebenarnya punyai makna tersendiri di sebalik bait-bait lirik yang ditulis.
Dirgahayu yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir itu sebenarnya diinspirasikan daripada kisah Nabi Muhammad S.A.W.
Kata Faizal, lagu itu menceritakan tentang kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Hanzalah yang mati syahid dalam perang Uhud.
"Lagu ini adalah inspirasi dari kisah Hanzalah, sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang mati syahid dalam perang Uhud setelah baru sahaja dinikahkan.
"Nabi tak bagi dia datang supaya Hanzalah dapat bersama isterinya. Tapi dia datang juga. Malaikat mandikan jenazah dia. Allahuakbar," dedah Faizal menerusi ruangan Twitternya.
Lagu ini adalah inspirasi dari kisah Hanzalah, sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang mati syahid dalam perang Uhud setelah baru sahaja dinikahkan.
Nabi tak bg dia datang supaya Hanzalah dpt bersama isterinya. Tapi dia datang jugak. Malaikat mandikan jenazah dia. Allahuakbar. https://t.co/1RKV9AeM1x— Faizal Tahir (@faizal_tahir) April 27, 2020
Faizal turut mengulang siar layangan twit milik Artotoise yang menyulam melodi lagu itu bersama ilustrasi menyentuh hati pasangan yang merancang perkahwinan sebelum PKP tetapi terpaksa ditangguhkan.
"Bila dengar lagu Dirgahayu nyanyian Faizal Tahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza ni, terlintas di fikiran kami kepada pasangan-pasangan yang telah merancang perkahwinan sebelum ini terpaksa ditangguh atau dilaksanakan secara online kerana PKP.
"Selamat Pengantin Baru ya!" tulis akaun berkenaan.
Perkongsian Faizal itu membuka mata kebanyakan individu yang selama ini menyanyikan lagu terbabit tanpa mengetahui maksud sebenar lagu itu.
Dirgahayu yang ditulis sendiri oleh Faizal itu pernah menjadi lagu runut drama Lara Aishah dan dimuatkan dalam album studio Faizal, Anatomi.
Must-Watch Video