Personaliti media sosial, Khairul Aming menampilkan Faizal Tahir dalam video masakan yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya hari ini.

Dalam video itu, Khairul berkongsi resipi memasak buttermilk chicken. Tidak lama selepas Khairul mengajar cara-cara memasak menu itu, suara Faizal muncul sehingga ke penghujung video.



Dalam pada itu, Faizal turut mengucapkan terima kasih kepada Khairul kerana menampilkan suaranya dalam video berkenaan.

"Walaupun saya dapat tolong @khairulaming masak hari ini (masak la sangat, kacau je la) tapi sampai sekarang saya tak dapat ambil bau masakan kitorang (kitorang?).

"Apapun, terima kasih bro bukakan pintu untuk bapak, selamat mencuba!" tulis Faizal di Twitter.



Meninjau ruangan komen di perkongsian Khairul pula, video masakan itu telah menarik perhatian ramai, tidak kurang juga beberapa selebriti yang turut meninggalkan komen seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Bella Dally dan Naim Daniel.





Setakat ini, video tersebut telah mendapat tontonan melebihi 800,000 beserta hampir 7,000 komen selepas empat jam dimuat naik.