Semestinya ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan perkahwinan diraja pertama pada tahun ini yang melibatkan, Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah Adam.

Jadi ini antara fakta menarik tentang istiadat perkahwinan Diraja ini!
  1. Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu difahamkan akan berlangsung selama 10 hari, dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari.
  2. Istiadat ini akan diikuti dengan santapan diraja, persembahan muzikal diraja serta semestinya akan dihadiri ramai tetamu diraja dari seluruh dunia.
  3. Hello! turut melaporkan bahawa majlis akad nikah Mateen dan Kalebic akan dijalankan di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.


Artikel berkaitan: Putera Mateen, Dayang Anisha Selamat Bertunang

Sekarang, jom kita kenali pula serba sedikit tentang pasangan mempelai yang sama cantik dan jelita ini!

Siapakah Abdul Mateen Bolkiah?

Menurut laporan Per Town & Country, Putera Mateen, 32, merupakan anak kesepuluh Sultan Brunei, Sultan Hassan Bolkiah dan bekas isteri Hajjah Mariam.

Putera Mateen cukup aktif di laman sosialnya. Di laman Instagram-nya saja, beliau sudah memiliki seramai 2.4 juta pengikut. Malah, beliau juga dilihat suka berkongsi gambar swafotonya.

A post shared by Mateen (@tmski)

Beliau juga merupakan seorang juruterbang helikopter yang terlatih dan pemain polo yang pernah memenangi pingat dan berkhidmat sebagai major dalam Tentera Udara Diraja Brunei.

Artikel berkaitan: Prince Mateen Kongsi Foto Dengan Bakal Isteri, Netizen Gembira Tapi … - “2024 Hari Patah Hati…

Manakala bakal isterinya yang cantik jelita, Anisha Rosnah dikatakan suka memasak, dan memiliki jenama fesyen “Silk Collective” dan syarikat pelancongan yang dinamakan Authentirary.



Menerusi laporan Hello!, Rosnah merupakan cucu kepada penasihat khas sultan, Pehin Isa Ibrahim. Mereka juga dikhabarkan sudah bertahun-tahun bercinta.

Senarai tetamu masih belum dipastikan, namun apa yang menjadi tanda tanya, adakah Meghan Markle atau Kate Middleton akan hadir?

Dijangkakan kerabat diraja British bakal menjadi antara tetamu diraja yang hadir ke istiadat perkahwinan diraja Brunei ini berikutan Prince Mateen dan bapanya, Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah pernah menghadiri pertabalan diraja Raja Charles dan Permaisuri Camilla serta majlis kemangkatan pengkebumian Raja Permaisuri Elizabeth.

Malah, pada tahun 2011, Sultan Brunei turut pernah menghadiri perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, jadi ia boleh jadi satu kemungkinan besar yang kerabat diraja dari seluruh dunia boleh dapat dilihat hadir sewaktu istiadat perkahwinan diraja Brunei ini.

Jadi sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga diraja Britain dijangka akan menghadiri istiadat tersebut.