Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kembali lagi dengan penganjuran ‘Durian e-Fiesta’ untuk tahun kedua.
Bakal bermula pada Sabtu (10 Julai) sehingga 31 Julai ini, ‘Durian e-Fiesta’ anjuran bersama Shopee itu menyediakan pelbagai tawaran menarik termasuk baucar diskaun sehingga 50 peratus untuk membeli jenis-jenis durian popular seperti Musang King, Udang Merah, XO, D101 dan durian kampung.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, menerusi kempen tersebut, pihaknya dapat membantu jualan petani seterusnya mengelak lambakan pada musim raja buah itu sekarang.
“Berdasarkan rekod kempen-kempen sebelum ini, kerjasama antara FAMA dan Shopee mencatatkan peningkatan pulangan pelaburan sehingga lapan kali ganda yang secara langsung memanfaatkan petani dan penjual durian.
“Suasana ekonomi semasa menjadikan perniagaan dalam talian sebagai strategi kelangsungan perniagaan khususnya kepada usahawan bimbingan FAMA,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Selain itu, para penjual eFAMAPLACE di Shopee mengadakan jualan kilat Shocking Sale setiap hari sehingga 31 Julai ini yang mana pengguna berpeluang membeli Musang King, D24 dan durian kampung serendah 77 sen setiap hari pada pukul 12 tengah malam.
Sementara itu, Pengurus Kanan (Pemasaran) Shopee Malaysia, Kenneth Soh memberitahu, menerusi kempen berkenaan, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kes penipuan durian yang berlaku dalam media sosial.
Menurutnya, semua transaksi di platform e-dagang pihaknya dilindungi oleh polisi Jaminan Shopee.
“Kami berharap kempen dan kerjasama dengan FAMA ini dapat membantu mengatasi segala kerisauan orang ramai dan membolehkan mereka menikmati durian kegemaran tanpa sebarang kebimbangan.
“Kami telah mendigitalkan 211 penjual durian sebagai persediaan menjelang kempen Durian e-Fiesta,” ujarnya.
Transaksi boleh dibuat menerusi laman mikro eFAMAPLACE dalam aplikasi Shop Malaysia di Shopee atau layari https://shopee.com.my/m/efama.
Fiza Kamarudin
Fri Jul 09 2021

![[VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja [VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(27).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Bagus, Merendah Diri.." - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja
Bertuahnya budak tu

“Syukur Aku Yang Tak Ada Apa Ini Dapat Cedok Ilmu…” - Bero Kusyairy Kagumi Yayan Ruhian
Lakonan Beto dengan Yayan ni memang power guys.
![[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah [VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(26).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah
Rossa Sera wanita kuat

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine!

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Wang Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine
.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.