Pihak Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Malaysia Berhad telah mengumumkan lima jenama makanan dan minuman akan bertapak di kawasan Rehat & Rawat (R&R) lebuhraya itu tak lama lagi.

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang sering menggunakan lebuhraya PLUS, lima jenama makanan dan minuman ini akan mula berada di R&R terpilih secara berperingkat bermula bulan ini.



Mereka adalah:
  1. Family Mart di Restoran Jejantas Sungai Buloh.
  2. Daily Fresh di R&R Machap arah utara, Gunung Semanggol arah utara dan selatan.
  3. Bon 900 Café di R&R Dengkil arah selatan.
  4. My Laksa di R&R Gurun arah utara.
  5. Sushi King di R&R Rawang arah utara.
Memetik kenyataan Ketua Pegawai Komersil PLUS, Christine Liew menerusi Malay Mail, “Kedai-kedai makanan yang baharu ini merupakan pilihan rakyat Malaysia sendiri.

“Selain lima ini, akan ada banyak lagi jenama makanan dan minuman popular akan dibuka.”

Terdahulu, R&R di sepanjang PLUS telah dibanjiri dengan banyak jenama makanan popular dan dengan adanya lima jenama ini, makin meriahlah kawasan tumpuan orang ramai sewaktu pulang ke kampung nanti.