Pelakon dan penyanyi Roslan Shah memuji sifat dan keperibadian aktres Fasha Sandha.

Menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya, Roslan mendedahkan Fasha dengan ikhlas hati menawarkan diri untuk membantu mencuci najis ibu Roslan, Mariam Kari yang kini sedang sakit.

Salam Semuanya Wanita yang bernama Fasha Sandha sebagai seorang Artis Pelakon terkenal / popular Ada yang Tidak ramai yang tahu sifat hatinya Dan caranya ini bukan REKAAN cerita ya. ....Allah saja yang tahu Dan ini bukan untuk memuji caranya kerana datang ke rumah cik lan ya ..Dan ini di Depan Mata Cik lan sendiri yang melihatnya ....terasa terharu pun ada semasa Fasha Sandha datang ke rumah cik lan Sabtu petang bersama suami tercintanya Aidil Aziz untuk mengziarahi Ibu tercinta cik lan ya.......Semasa di bilik Ibu tercinta cik lan ....Ibu tercinta cik lan membuang najis ( membuang air besar ) Apabila Fasha Sandha tahu Ibu cik lan membuang air besar ( berak ) ...Fasha Sandha dengan ikhlas hatinya masuk ke bilik Ibu cik lan Dan dengan rela hatinya nak membantu / menolong cik lan membasuh Dan tukarkan Pampers Ibu tercinta cik lan sedang membuang air besar dari dari situ cik lan tersentuh Dan Sebak dalam hati tetapi cik lan diamkan diri saja...Fasha bukan Ahli keluarga cik lan fasha sanggup nak menolong membersihkan najis Ibu tercinta cik lan ...Dan jugak cik lan menghalangnya kerana Fasha Sandha adalah tetamu cik lan Dan cik lan Serta kakak tercinta cik lan uruskan ibu tercinta untuk membersihkan Dan tukarkan Pampers sendiri....Dari situ Seorang wanita yang bernama Fasha Sandha dari situ cik lan boleh lihat mulianya hati Fasha Sandha sebenarnya...Ini bukan membodek / memuji melambung bagi cik lan Ini lah wanita susah Kita nak mencari ....Tak ramai yang boleh buat...Kali pertama di Depan Mata cik lan seorang Artis Popular yang sangat merendah diri .....( Tadi sambil menulis cik lan dah sebak Serta menitis air Mata lagi ) terima kasih ya @fashasandha Dan suami tercintanya @itsaidilaziz ...ini hak cik lan ingin menulis dengan Cara ikhlas FASDIL suami isteri Memang terbaik tabik ...manggiferra @itsaidilaziz pun sedap Dan power Gila bend ya... tunggu cik lan Akan membawa masuk balik meniaga di Singapura ya... Doakan yang baik baik Amin...pujian sekali lagi dengan ikhlas ya @fashasandha @elisyasandhaofficial @mamasandha @syamel_official #share3 #Love3 Fasha Sandha pun Ada beritahu cik lan dia sangat sayang kepada Ibu tercintanya Dan adik beradiknya...aminn.

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on


"Salam semuanya. Wanita yang bernama Fasha Sandha sebagai seorang artis pelakon terkenal / popular ada yang tidak ramai yang tahu sifat hatinya dan caranya ini bukan REKAAN cerita ya.

"Allah saja yang tahu dan ini bukan untuk memuji caranya kerana datang ke rumah Cik Lan. Ini di depan mata Cik Lan sendiri yang melihatnya.

"Rasa terharu pun ada semasa Fasha datang ke rumah Cik Lan Sabtu petang bersama suami tercintanya, Aidil Aziz untuk menziarahi ibu tercinta Cik Lan ya..

"Semasa di bilik ibu tercinta Cik Lan membuang najis (membuang air besar). Apabila Fasha tahu ibu Cik Lan membuang air besar (berak), Fasha dengan ikhlas hatinya masuk ke bilik ibu Cik Lan dan dengan rela hatinya nak membantu / menolong Cik Lan membasuh dan tukarkan pampers ibu tercinta Cik Lan," tulis Roslan.

Seronok Menjaga Ibu tercinta .....uruskan segala-galanya ibu tercinta rasa berpuas hati sangat ...Cik lan kalau jaga dari Kasi makan, mandikan , tukarkan Pampers, bersihkan buang air besar, katil tukar cadar serta sarung batal kena tukar 2 Hari sekali , Kasi makan ubat serta Menjaga kebersihan itu Paling utama utk Ibu tercinta cik lan ....semuanya pasti kena lengkap....Cik lan membuat Cara ini utk motivasi kepada yang lain jugak Dan Share ...Selagi Ibu TERCINTA masih hidup dan sedang sakit tua...Walaupun cik lan sibuk Mana pun tetap cik lan bagikan Masa untuk Menjaganya dengan teliti.....mati itu pasti ...tetapi selagi Kita hidup berbanyak berdoa kepada Allah semoga Kita di panjangkan usia Dan berikan kesihatan ....Ajal Maut semuanya di tangan Allah itu Kita kena terima segala galanya...Ibu atau Ayah yang masih hidup jagalah dengan sebaik baiknya...percayalah sesiapa yang Menjaga Ibu bapa mereka Dan Hari tua Kita nanti insyallah Ada orang yang akan Menjaga Kita kelak dalam hadis sudah tertulis....insyallah ....Amin....Masa...Setiap Hari...Setiap Bulan ....Dan Setiap Tahun ...Akan berjalan ke depan dengan cepat...#share3 ...#Love3 rebutlah peluang ini selagi Ibu Kita masih Ada...insyallah...

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on


Tambah penyanyi lagu Ek Eleh You Siapa ini, dia tersentuh dan sebak dengan keikhlasan hati Fasha.

"Dari situ Cik Lan tersentuh dan sebak dalam hati tetapi Cik Lan diamkan diri saja... Fasha bukan ahli keluarga Cik Lan, Fasha sanggup nak menolong membersihkan najis ibu tercinta Cik Lan.

"Cik Lan menghalangnya kerana Fasha adalah tetamu. Cik Lan serta kakak tercinta Cik Lan uruskan ibu tercinta untuk membersihkan dan tukarkan pampers sendiri.

"Dari situ seorang wanita yang bernama Fasha Sandha dari situ Cik Lan boleh lihat mulianya hati Fasha sebenarnya," tulisnya lagi.

Tambah Roslan, tujuan dia mendedahkan perkara terbabit bukanlah untuk membodek atau memberikan pujian melambung.

"Ini bukan membodek / memuji melambung bagi Cik Lan inilah wanita susah kita nak mencari.

"Tak ramai yang boleh buat. Kali pertama di depan mata Cik Lan seorang artis popular yang sangat merendah diri.

"Tadi sambil menulis Cik Lan dah sebak serta menitis air mata lagi. Terima kasih ya @fashasandha dan suami tercintanya @itsaidilaziz," tambahnya.

Di ruangan komen, rata-rata peminat Roslan memuji keikhlasan Fasha dan turut mendoakan agar ibu Roslan segera sembuh.