Tahun lalu, berita menyatakan yang Datuk Farah Khan diberikan penghargaan untuk mereka semula uniform krew kabin Malaysia Airlines. Sehingga kini, kita semua menanti apakah perubahan baru yang bakal direka oleh pemilik empayar Melium Berhad itu. Sementara masih menunggu kemunculan baru gadis Malaysia, kita lihat uniform krew kabin terbaik dengan cerita unik di sebalik rekaan mereka!
AIR FRANCE
Ada juga bagusnya menjadi krew kabin kota fesyen kerana mereka dapat menggayakan uniform yang direka oleh pereka fesyen terbaik asal paris. Antara pereka fesyen yang pernah mereka uniform buat Air France adalah Christian Dior, Nina Ricci dan Marie-Louise Carven. Paling terbaru pada 2005, uniform krew kabin Air France direka oleh Christian Lacroix. Cukup chic mengikut selera fesyen asli orang Paris, rekaan ini menggunakan rona biru gelap, merah dan putih.
AIR NEW ZEALAND
Trelise Cooper diberi kepercayaan untuk memberikan gaya segar kepada krew kabin Air New Zealand. Maka, dia memberanikan diri untuk meminjam corak pokok Koru untuk dijadikan motif utama uniform krew kabin Air New Zealand. Pertama kali dipertontonkan pada 2010, ia mendapat rekasi yang pelbagai. ada yang bilang, uniform ini seperti meminjam wallpaper rumah anak patung Barbie! Uniform hadir dalam rona merah jambu dan hijau.
ETIHAD AIRWAYS
Ini bukanlah sekadar uniform krew kabin, malah ini adalah satu gaya hidup glamor yang dahulunya cukup popular. Ini adalah idea utama Etihad Airways ketika melancarkan uniform baru buat krew kabin mereka pada 2015. Rekaan uniform berona coklat adalah idea rekaan Ettore Bilotta, pereka fesyen adibusana asal Itali. Cita rasa elegan dan sofistikated menjadi kunci gaya buat pramugari dan pramugara Etihad Airways.
HAINAN AIRLINE
Rekaan yang bercirikan pakaian tradisional cina, Ceongsam ini direka oleh Laurence Xu dan dipentaskan di Minggu Fesyen Adibusana Paris. Motif pada baju pula meminjam daripada keindahan Hainan yang cantik bergunung ganang dan awan biru yang indah. Gabungan rekaan orientalis pada pakaian asas dipadu bersama jaket moden. Laurence mengambil masa lebih dua tahun untuk berpuas hati dengan rekaan uniform Hainan Airlines.
KOREAN AIR
Dalam persalinan jaket, pramugari Korean Air nampak cukup elegan. Mereka berterima kasih atas rekaan oleh Gianfranco Ferre yang mahukan krew kabin Korean Air nampak kemas dan punya rasa kuasa. Palet rona biru dan krim melembutkan lagi gaya jaket serta dress yang disarung oleh mereka. uniknya adalah skirt keras yang melilit leher pramugari. uniform ini diperkenalkan pada 2005.
QANTAS
Martin Grant mahukan krew kabin Qantas tampil dalam gaya yang lebih relaks dan selesa ketika melakukan tugasan mereka di awan biru. Maka terhasillah uniform krew kabin baru yang meminjam idea daripada logo Qantas. Menariknya adalah juruterbang dipakaikan topi putih seperti kapten bot! Namun, pramugari cantik dalam dress yang mengikut tubuh badan dengan paduan rona merah jambu, merah serta biru gelap.
SINGAPORE AIRLINES
Ini adalah uniform yang tidak pernah lapuk dek zaman! Setiap kali munculnya pramugari Singapore Airlines di lapangan terbang, mereka akan sentiasa meninggalkan senyuman pada orang ramai. keayuan mereka terserlah dalam kebaya yang disarung oleh mereka. Uniform krew kabin ini direka oleh Pierre Balmain pada 1972 dan kekal menjadi uniform paling ikonik buat syarikat penerbangan seluruh dunia.
THAI AIRWAYS
Satu lagi syarikat penerbangan yang menjadikan baju tradisional negara mereka sebagai idea untuk uniform penerbangan adalah Thai Airways. Thailand memang sentiasa bangga dengan bduaya sendiri maka pramugari asal Thailand akan menyarungkan baju uniform tradisional mereka sewaktu bertugas di dalam kapal terbang. Manakala buat kabin krew yang bukan asal Thailand tidak dibenarkan menyarung baju tradisional mereka.
Teks oleh: The Youth-Phoria
Amri Hassan
Sat Jul 15 2017
Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”
Netizen geram dengan NRF.
Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Didi pula tampil dengan bukti tangkap layar perbualan Aliff.
B.I Bakal Beraksi Di Mega Star Arena, KL Menerusi B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur Pada 30 Jun Ini!
Bersedia untuk menikmati persembahan daripada penyanyi dan rapper popular, B.I menerusi konsert solo pertamanya, B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 30 Jun ini.
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Ibu Tunggal 2 Anak Datang Klinik Minta MC, Doktor Ini Terkejut Bila Tahu Sebabnya!
Pendedahan yang dibuat seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ahmad Samhan berjaya mencuri perhatian ramai.
THSS: Bukan Pertandingan Fokus Nyanyian Semata-Mata, Ini Sebab De Fam Bersetuju Sertai The Hardest Singing Show
Kumpulan De Fam mendedahkan kenapa mereka memilih untuk menyertai rancangan baharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show (THSS).
Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak
Penyanyi rap Caprice akhirnya membuat pertemuan empat mata dengan individu yang menghina anaknya baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat individu tersebut diminta untuk melutut di hadapan Caprice dan isterinya (Fara Inalis) demi meminta maaf.
Persefahaman Baharu Dicapai, Lagu-Lagu Artis Universal Muzik Group Bakal Kembali Ke TikTok
Universal Muzik Group (UMG) dan TikTok telah mencapai kata sepakat dengan mengumumkan ‘perjanjian pelesenan pelbagai dimensi’ baharu sekaligus menamatkan perselisihan mengenai isu royalti lagu-lagu dari penyanyi di bawah naungan UMG yang telah digunakan sebagai muzik latar di aplikasi TikTok.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.