Fattah Amin Sayu, Rasa Berbeza Sambut Ramadan Secara Solo - “Anggap Apa Yang Terjadi Ini Adalah Ditakdirkan”
Pelakon, Fattah Amin akui sambutan Ramadan tahun ini agak berbeza kerana menyambutnya secara berseorangan selepas bercerai empat bulan lalu.
Rasa sayu Ramadan tahun ini
Walaupun rasa sedikit sayu namun kata Fattah, dia bersyukur kerana masih mempunyai ibu, bapa, adik-beradik dan anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya sebagai sumber kekuatan.
“Sejujurnya sayu dan rasa berbeza, tapi alhamdulillah saya masih lagi ada ibu, ayah dan anak saya, Fatima dan adik beradik saya.
“Mereka ini menjadi tulang belakang saya maksudnya kita sama-sama menjalani ibadah puasa sebagai satu keluarga yang harmoni,” ujarnya.
Fathia berkata demikikan ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media drama bersiri Bidaah yang diadakan di Aloft, KL Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Harus tenang terima takdir
Bagaimanapun kata Fattah, dia harus kuat dan menerima takdir yang telah tertulis dengan tenang.
“Betul memang akan rasa berbeza tetapi saya kena kuat dan kita anggap apa yang terjadi ini adalah ditakdirkan.
“Kita orang Islam, kena percaya kepada qada dan qadar, sudah tertulis jodoh, rezeki, ajal kita, bila sampai masanya kita kena reda.
“Kita kena sentiasa bermuhasabah, kena terima dengan hati yang terbuka dan tenang,” jelasnya.
Sibuk sepanjang Ramadan
Mengulas mengenai kerjaya, Fattah memaklumkan jadualnya padat sepanjang bulan Ramadan ini.
“Sepanjang bulan puasa saya akan bekerja, hampir setiap hari ada macam macam benda saya nak kena buat seperti mempromosikan baju melayu dan juga produk-produk lain.
“Di samping itu juga saya cuba untuk membahagikan masa antara kerja dan ibadah di bulan puasa,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Sudah Usaha Selamatkan Rumah Tangga - “Datang Rumah Pujuk, Tapi Dihalang Masuk…”
ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Reda Jodoh Tak Panjang, Tiada Kekesalan Berkahwin Dengan Fazura - “Saya Juga Masih Sayangkan Dia Sebagai…”
ARTIKEL BERKAITAN:Lana Nodin Nasihat Fazura Jangan Buka Aib, Takut Efek Anak - “Esok Budak Tu Dah Besar, Tengok Malu Saja”
ARTIKEL BERKAITAN:Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”
ARTIKEL BERKAITAN:“Setiap Hari Saya Fikirkan Kamu” - Fattah Amin Luah Rasa Rindu Fatima
Bidaah turut dibintangi oleh Faizal Hussein, Riena Diana, Fazlina Ahmad Daud, Vanidah Imran, Marisa Yasmin, Fathia Latiff, Hasnol Rahmat dan Malia Baby.
Drama 15 episod itu akan mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 6 Mac ini.
Sinopsis:
Bidaah mengisahkan mengenai Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud) untuk menyertai Jihad Ummah iaitu sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein).
Namun, Baiduri segera menyedari terdapat banyak perkara mencurigakan di sebalik ajaran kumpulan itu, termasuk perkahwinan paksa dan kepatuhan yang membuta tuli.
Kembalinya Hambali (Fattah Amin) dari Yaman, anak kepada orang kanan Walid, Abi Saifullah (Hasnol Rahmat), membuatkan Baiduri semakin yakin bahawa ajaran Jihad Ummah sememangnya tersasar.
Bersama Hambali, Baiduri bertekad untuk melindungi ibunya dan membongkar kebenaran, walaupun nyawanya sendiri terancam.