Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) mahu memperjuangkan nasib kru produksi agar bayaran terlebih dahulu dijelaskan oleh produser sebelum produksi menerima bayaran sepenuhnya daripda stesen televisyen.
Biro Pembangunan FDAM, Ahmad Hashim berkata, syarat ini penting dalam memastikan nasib kru produksi terbela.
"FDAM mahu pastikan semua bayaran sudah dibayar pada kru barulah stesen televisyen bayar pada produksi," katanya kepada Astro Gempak.
Malah, perjuangan FDAM juga mahu membantu ahli mereka dari aspek peluang kerja yang diterima daripada produksi dan stesen televisyen.
"Jika pengarah itu bukan ahli FDAM, dia patut disingkirkan. Maknanya, produser kena peka pengarah yang diambil untuk projek mereka adalah ahli FDAM," katanya.
Mengikut syarat Padu Citra yang dikuatkuasakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebelum ini menyatakan pengarah perlu berdaftar sebagai ahli FDAM manakala kru produksi bersama Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan pelakon boleh memilih sama ada menyertai Persatuan Seniman Malaysia mahupun Persatuan Karyawan Malaysia.
Ahmad juga memberitahu, masih wujud ramai pengarah bukan ahli FDAM yang bekerja dengan stesen televisyen.
"FDAM memang tidak menjanjikan peluang kerja pada ahli tapi persatuan akan membela nasib pengarah ketika berdepan masalah seperti sakit dan mempunyai masalah dengan stesen televisyen.
"Kebanyakan pengarah yang bukan ahli FDAM selalu bising pasal persatuan tak bagus, tak betul dan tak buat kerja sedangkan dia tidak duduk sebagai ahli," katanya.
Jelasnya, FDAM bagaimanapun bukan persatuan kebajikan seperti persatuan lain yang memberikan sumbangan sebaliknya bertindak membantu ahli.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @thehitmannazri
Elrafaei Sapi
Fri May 25 2018
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka