Hiburan

Fenomena Mak-Mak Kuat Main Telefon, Scha Cetus Solekan ‘Mata Panda’

gempak
Azwa Rahman
17/07/2019
08:12 MYT
Sponsor Banner
Fenomena Mak-Mak Kuat Main Telefon, Scha Cetus Solekan ‘Mata Panda’
Pelakon dan pengacara Scha Alyahya mencetus fenomena gaya solekan terbaru yang boleh dikatakan sama seperti mereka yang mempunyai lingkaran gelap bawah mata.
Menerusi akaun Instagramnya, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir, 35, berkongsi sebuah foto gaya solekan ‘mata panda’ dimana seluruh kelopak matanya diwarnakan dengan pembayang mata berwarna hitam.
“Fenomena mata hitam,” tulis Scha ringkas di ruangan kapsyen.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen dan rakan selebriti adalah tanda pagar yang digunakan iaitu #tunjuknikatmakmakkuatmainphone.
Mungkin, inilah kesannya apabila mak-mak yang terlalu suka bermain telefon pintar hingga menyebabkan lingkaran gelap bawah mata muncul!
A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on
Malah, ada di antara netizen yang menggunakan tanda pagar #challengematapanda bagi menyahut cabaran untuk bermata hitam seperti Scha.
“Terus campak fon.. *capai eye mask*,” komen seorang netizen yang takut terkena fenomena yang sama.
“Tetap cute sis..#taktakotpun,” ujar seorang netizen yang memuji kecantikan Scha meskipun bermata hitam.
“kalau ai tak payah mekup dah mata sedia panda all the time.. hopefully lepas nie trending la style nie,” ujar seorang netizen lagi tentang gaya solekan tersebut.
“HAHAHAHAHHAHA COMEL LAAA MACAM PANDA,” komen seorang netizen lagi.
Minggu lalu, tular di media sosial apabila seorang ibu menconteng kelopak mata anaknya menjadi warna hitam ketika anaknya sedang tidur.
Apabila bangun, anaknya terkejut dengan kelopak matanya yang bertukar hitam dan ibunya memberitahu itulah kesannya jika kerap bermain telefon pintar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024