Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Fesyen Pelik-Pelik Digayakan Selebriti, Yuna Minta Lebih Terbuka – “Kita Just Have Fun Saja, Tak Payah Nak Serius Sangat”

Gempak
24/07/2024 06:25 MYT
Penyanyi Yuna menyifatkan tanggapan negatif sesetengah masyarakat mengenai fesyen pelik yang digayakan selebriti tempatan bukanlah isu baharu sebaliknya sejak dahulu lagi.

Ramai Lebih Terbuka

Bercakap kepada Gempak, Yuna atau nama sebenarya Yunalis Mat Zara’ai, 38, berkata, masyarakat kini lebih terbuka dalam menilai fesyen seseorang terutamanya selebriti.

“Ia bukan perkara baharu. Saya rasa dari dulu lagi isu ini diperkatakan, kalau dulu saya pakai apa-apa di acara atau anugerah pasti kena kecam, pakai biasa pun kena kecam.

“Saya rasa ia cara kita, suka komen, komuniti kita ada saja benda nak komen, jadi saya rasa sekarang orang dah tak kisah, lebih terbuka dan ramai selebriti mahu mencuba.

“Contohnya Aina Abdul, setiap kali apa yang dia lakukan, kita dah boleh tahu dan agak yang dia akan bawakan sesuatu yang baru dan diluar kotak.

“Kita perlukan perkara begitu dalam industi, siapa lagi yang akan buat begitu? Tiada sesiapa. Ia sesuatu yang baik untuk dia buat demikian sekaligus orang tahu itu identiti dia,” katanya kepada Gempak.

Aina Abdul Berani

Dalam pada itu, juri Gimme The Mic itu turut menyifatkan penyanyi Aina Abdul sangat berani dalam berfesyen dalam masa sama menyuntik elemen seni pada setiap persalinan yang digayakannya.

“Dia berani, dia akan buat sesuatu yang berkait dengan seni.

“Saya ada dengar cakap-cakap orang dan komen terhadap dia tetapi saya rasa dia perlu teruskan jadi diri sendiri sahaja, have fun, itu sahaja.

“Dalam fesyen ini, jika kita berseni kita tidak boleh lari untuk kreatif jadi itulah yang perlu kita lakukan,” ujarnya lagi.

Relaks Saja

Pelantun lagu Camaraderie itu turut teruja melihat perkembangan feysen tempatan terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Malah, Yuna juga berpendapat masyarakat perlu lebih terbuka mengenai fesyen-fesyen yang digayakan seseorang.

“Sangat menarik sebab kita ada sosial media jadi semua orang sangat bergaya kini.

“Semua orang tahu nak pakai apa dan ikut trend tetapi ia ibarat muzik juga, jika dengar muzik pop ia seperti tiada soul. Saya rasa fesyen pun begitu juga.

“Sekarang orang dah berani untuk mencuba benda baharu dan selebriti sekarang masing-masing ada penata gaya (stylist) sendiri.

“Kita just have fun saja tak payah nak serius sangat, baju pelik-pelik… tengok saja dan macam wow cukup. Relaks saja,” katanya.

Yuna diminta mengulas perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi kolaborasi label fesyen milik penata gaya popular, Abu Shaef bersama Yuna di Glenmarie, pada Selasa.

Gimme The Mic

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.

Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.

Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: #TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna Ambil Tempoh Berehat, Nak Luang Masa Bersama Keluarga - “Saya Mahu Duduk Di Malaysia Dan Sarapan Nasi Lemak”

ARTIKEL BERKAITAN: "Itu Bukan Rambut Saya" - Yuna Perjelas Salah Faham Konsep Rambu-Ramba Keluar Tudung

ARTIKEL BERKAITAN: "Banyak Komen Kata Saya Sudah Lupa Diri" - Yuna Hadiahkan MASIH YUNA, EP Penuh Berbahasa Melayu
#Yuna #Fesyen #Selebriti #Pelik #Gimme The Mic #terbuka #Gimme The Mic Malaysia #Gimme The Mic TikTok
;